Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kaya labu. Resipi sihat ini adalah daripada Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan melalui instagram beliau.
Menurut Norazizah, labu boleh disimpan dalam peti sejuk beku. Keluarkan apabila hendak dimasak.
“Cara menyimpan labu adalah dengan mengukusnya dan dilenyek siap-siap. Kemudian simpan dalam freezer. Apabila hendak dimasak, keluarkan saja,” katanya.
Jom kita lihat resipi kaya labu daripada beliau.
Ads
KAYA LABU TANPA TELUR
BAHAN-BAHAN
100 gram gula kabung
1 helai daun pandan + 1 cawan air
5 kuntum cengkih
200 ml santan
1 1/2 cawan labu lenyek (kukus dan lenyek)
1 sudu besar minyak masak
Ads
Labu dikukus terlebih dahulu.Selepas dikukus, labu dilenyekkan sebegini.
CARA MEMBUAT
1. Masak gula kabung bersama cengkih dan daun pandan.
2. Selepas gula cair, buang daun pandan.
3. Masukkan santan, labu lenyek dan minyak masak.
4. Masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau. Masak sehingga pekat seperti kaya.
5. Biarkan sejuk. Masukan ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.
Jom belajar cara-cara membuat Kek Belacan Kukus. Kek Belacan ini terkenal di Sarawak. Lemak, manis dan padat, memang sedap. Rahsia keenakan kek ini terletak pada browning sugar yang digunakan. Namun ia tidak mudah didapati terutamanya di kawasan semenanjung. Tapi Opah Mas Cotekkongsikan juga cara-cara membuat kek ini menggunakan browning sugar yang diolah sendiri. Memang terbaik hasilnya. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KEK BELACAN KUKUS SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BROWNING SUGAR/ GULA KARAMEL:
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat browning sugar, panaskan gula hingga cair dan keperangan.
2.Masukkan air dan kacau sebati. Sejukkan. Ketepikan.
3.Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang.
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
5.Masukkan juga susu pekat manis, seri kaya, horlicks, serbuk koko, esen vanilla, nestle cream dan browning sugar yang telah disejukkan. Sebatikan.
6.Masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati dan bercampur rata.
7.Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles minyak dan kukus selama 4 jam.
NOTA: Kek ini lebih sedap jika guna browning sugar yang khas untuk kek-kek sarawak. Tapi jika tiada, boleh olah sendiri guna resipi diatas.
Siapa je yang tak suka aiskrim kan? Lagi-lagi kanak-kanak yang memang suka aiskrim mewah ala magnum ni.
Kalau nak beli hari-hari, boleh tahan juga harganya. Sebenarnya, mudah je nak buat aiskrim mewah homemade ala magnum ni. Boleh ikut resipi dan langkah yang dikongsi Riena Eris ni.
AISKRIM MEWAH HOMEMADE ALA MAGNUM
BAHAN-BAHAN:
½ kotak dairy whipping cream Susu pekat manis (ikut suka nak guna banyak mana, kalau tak nak manis, boleh kurangkan) – beli online di sini Coklat masakan (panaskan secara double boiler) Almond nibs (sangai atau bakar) Acuan silicon aiskrim (boleh beli di shopee)
1. Mula-mula, tuangkan susu pekat. Kalau nak manis boleh letak lebih. Tiada sukatan tertentu sebab bergantung kepada tahap kemanisan yang diinginkan.
2. Tuangkan separuh kotak dairy milk whipping cream. Kalau nak habiskan satu kotak pun boleh. Rasa dia lemak-lemak tapi tawar. Kalau nak pakai non dairy whipping cream tapi bezalah sikit rasanya.
3. Kacau-kacau adunan tadi sehingga sebati. Rasakan sama ada dah manis ke belum. Boleh kacau guna sudu je, tak perlu guna mixer sebab tekstur whipping cream ni memang ringan dan gebu bila dah jadi aiskrim.
4. Adunan tadi terus tuang ke dalam acuan silikon aiskrim. Pastikan tinggal ruang sikit sebab nanti bila beku, dia mengembang sedikit. Pastikan dah letak batang aiskrim ye.
5. Bila dah siap, letak penutupnya dan terus masuk peti ais dan biarkan beku semalaman. Atau boleh bekukan lebih kurang 8 hingga 10 jam, supaya nanti senang nak coating coklat. 6. Coklat masakan tadi kite double boiler kan, tapi saya beli yang dah siap, senang terus celup je. Saya beli berryls gourmet dark coklat. Kalau nak pakai milk coklat pun bagus sebab dia nipis berbanding dark choc lebih tebal. Terpulang selera masing-masing.
7. Lepas dah beku, keluarkan dari acuan. Senang sangat nak kuarkan pakai acuan silicone ni. 8. Terus celupkan aiskrim ke dalam coklat yang sudah dicairkan tadi. Kemudian, bila angkat cepat-cepat taburkan badam nibs yang sudah disangai kerana coklat ni cepat beku.
9. Bila dah tabur badam, kemudian masukkan aiskrim dalam peti sejuk lebih kurang 15-30 minit bagi coklat betul-betul beku. Untuk 1 kotak dairy whipping cream tu, boleh dapat dalam 20 batang aiskrim.
*tapi kalau nak lagi jimat, campurkan dengan susu uht sekotak besar lagi banyak dapat memang berbaloi. *kalau nak cantik lagi boleh je sprinkle dengan fancy choc rice, drizzle dengan white chocolate, terpulang ikut kreativiti masing-masing.