Resipi Kari Udang & Keledek Yang Enak. Memang Tak Muak

Share

Kari Udang & Keledek, resipi yang enak dan sesuai untuk bulan Ramadan nanti. Mudah je nak buatnya, anda pasti puas hati. Paling istimewa, resipi ini menggunakan Anchor Cooking Cream dan Anchor Unsalted Butter. Bila guna kedua-dua produk Anchor ni, masakan jadi lebih sedap, berkrim dan harum baunya. Sangat sedap.

KARI UDANG & KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

  • 250ml Anchor Cooking Cream
  • 125gram Anchor Unsalted Butter
  • 200ml air
  • 10-15 ekor udang (saiz medium) – bersihkan
  • 2 biji ubi keledek (saiz medium) – buang kulit & potong dadu besar
  • 6 biji bawang merah – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 2sm halia – kisar
  • 1 labu bawang besar – mayang halus
  • 4 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu teh serbuk garam masala
  • 2 tangkai daun kari
  • ½ sudu teh halba campur
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter ke dalam periuk. Tumis bawang yang telah dimayang halus hingga wangi dan perang. Masukkan halba campur dan daun kari.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar, serbuk kari dan serbuk garam masala. Tambah air lalu kacau rata dan tumis hingga rempah masak.
  3. Masukkan ubi keledek. Didihkan hingga ubi keledek hampir empuk, kemudian masukkan udang.
  4. Tuang Anchor Cooking Cream dan didihkan dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
  5. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN