Kari Udang & Keledek, resipi yang enak dan sesuai untuk bulan Ramadan nanti. Mudah je nak buatnya, anda pasti puas hati. Paling istimewa, resipi ini menggunakan Anchor Cooking Cream dan Anchor Unsalted Butter. Bila guna kedua-dua produk Anchor ni, masakan jadi lebih sedap, berkrim dan harum baunya. Sangat sedap.
KARI UDANG & KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
250ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
200ml air
10-15 ekor udang (saiz medium) – bersihkan
2 biji ubi keledek (saiz medium) – buang kulit & potong dadu besar
6 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2sm halia – kisar
1 labu bawang besar – mayang halus
4 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk garam masala
2 tangkai daun kari
½ sudu teh halba campur
½ sudu teh gula
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Cairkan Anchor Unsalted Butter ke dalam periuk. Tumis bawang yang telah dimayang halus hingga wangi dan perang. Masukkan halba campur dan daun kari.
Masukkan bahan-bahan kisar, serbuk kari dan serbuk garam masala. Tambah air lalu kacau rata dan tumis hingga rempah masak.
Masukkan ubi keledek. Didihkan hingga ubi keledek hampir empuk, kemudian masukkan udang.
Tuang Anchor Cooking Cream dan didihkan dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
Cuti hujung tahun hampir tiba. Inilah masa untuk mencuba variasi resipi baru. Antara resipi yang boleh dicuba adalah Pastry Tuna Chesdale dan Ayam Kentang Bakar Berkrim inspirasi dari Amerika Syarikat. Tak perlu travel jauh-jauh, anda boleh saja masak sendiri di rumah. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Chesdale untuk hasil yang lebih enak. Selamat mencuba!
AYAM KENTANG BAKAR BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
8 ketul bahagian atas peha ayam
4 biji kentang muda (saiz medium) – bersihkan & belah dua
200ml Anchor Cooking Cream
500ml stok/air rebusan ayam
300gm Perfect Italiano Perfect Bakes
2 sudu makan minyak sayur
5 ulas bawang putih – cincang
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan daun kari – cincang
2 biji bawang holland – potong bulat
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Cincangan daun kari segar/saderi – untuk ditabur sebagai hiasan
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam pada ayam.
Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak sayur. Letak ayam tadi dan pan fry sekejap dikedua-dua bahagian untuk mendapatkan warna perang. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cooking Cream, stok ayam, cincangan bawang putih, rempah kari, cincangan daun kari, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Kacau rata.
Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit minyak. Susun ubi kentang dan hirisan bawang hollang di bahagian bawah mangkuk.
Susun pula ayam yang telah diperangkan tadi di dalam dulang pembakar.
Tuang campuran cream ke atas ayam.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit.
Setelah 40 minit, buang penutup dulang lalu tabur keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan teruskan bakar selama 15-20 minit lagi.
Kalau anda teringin nak makan sesuatu yang manis dan lazat, boleh cuba buat Bread Pudding ni. Resipi yang mudah gerenti menjadi. Sekali makan, pasti anda nak lagi. Enak dinikmati bersama Sos Kastard. Tambahkan juga Anchor Salted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk buat Bread Pudding anda lebih padu!
BREAD PUDDING
Bahan-bahan:
10 keping roti putih
100gm Anchor Salted Butter | dicairkan
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices | dipotong kecil
2 cawan Fernleaf Susu UHT
½ cawan kismis
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ cawan gula
Cara Memasak:
Campurkan Anchor Salted Butter, Fernleaf Susu UHT, esen vanilla, gula dan telur dan pukul menggunakan pemukul tangan (whisk) hingga sebati.
Koyak-koyakkan roti dan letakkan di dalam acuan. Taburkan kismis di atasnya kemudian tuang adunan tadi ke dalam acuan hingga rata.
Sebelum bakar, letakkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices yang dipotong kecil lalu bakar selama 170°C selama 30 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
Terasa nak makan menu ala barat hari ni? Haa boleh buat Pasta Goreng Cili Padi Berkeju yang cukup mudah. Kalau anda suka pedas, hidangan ini memang sesuai untuk anda. Gabungan keju serta cili padi yang memikat selera. Nak lebih istimewa, pastikan anda gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Melt untuk regangan yang sempurna serta menaikkan rasa hidangan anda. Percayalah, hidangan ini akan buat anda tambah berpinggan-pinggan. Jom cuba.
PASTA GORENG CILI PADI BERKEJU
Bahan-bahan:
150gram spaghetti – celur hingga al-dente & toskan
150gram Perfect Italiano Perfect Melt & Perfect Italiano Mozzarella
8 biji cili padi – hiris
5 ulas bawang putih – hiris
1 sudu makan minyak zaitun
1 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
Ikan bilis goreng secukupnya
Garam secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili padi dan daun kari. Tumis lagi.
Masukkan spaghetti yang telah dicelur, gaul rata.
Tambah serbuk pati ikan bilis dan garam secukupnya.
Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt & Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.
Tuang spaghetti dalam pinggan. Tabur ikan bilis dan hirisan bawang goreng secukupnya. Hidangkan segera.
Nak tahu ayam segar atau tidak? Rahsianya ada pada warna buntut ayam! Ketahui cara mudah bezakan ayam segar, ayam tak halal, dan ayam bangkai sebelum beli di pasar.