Menu Kari Daging Pekat perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang istimewa dan nampak sedap. Ada daging serta sayur-sayuran yang dimasak bersama. Malah ianya juga tidak menggunakan santan. Bagi anda yang suka makan kari macam di kedai mamak, boleh cuba resipi ni. Pasti berselera.
RESIPI KARI DAGING PEKAT TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
300-400gm daging
1 paket kecil serbuk kari daging – beli online DISINI
Siapa peminat kuih tradisional, mesti suka dengan kuih puteri mandi. Mudah dan cepat je nak disiapkan.
Tetapi di Kelantan, kuih ini dipanggil kerepek hidung. Agaknya kenapalah dipanggil macam tu ye. Jom kita cuba resipi daripada Rudyana Abdullah.
KUIH KEREPEK HIDUNG/PUTERI MANDI
BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung pulut – beli online di sini 1 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 cawan gula atau ikut manis – beli online di sini 1 jag air Sedikit garam RM3 kelapa putih Beberapa ulas nangka (optional, tak letak pun tak apa) Sedikit kapur Pewarna hijau (saya guna pewarna serbuk dalam kotak)
1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas. 2. Bancuh kapur dengan sedikit air dan pewarna. Tuang dalam tepung, kemudian uli. 3. Tuang sedikit demi sedikit air dalam jag. Uli tepung hingga jadi doh atau tak melekat di tangan.
4. Buat bulat-bulat kemudian tekan di tengah. Buat hingga habis. Masak dalam air yang mendidih. 5. Apabila kuih timbul, tandanya doh dah masak. Angkat dan masukkan dalam besen yang berisi air biasa. Masak hingga habis.
6. Apabila semua dah masak, masukkan kelapa dalam periuk. Masuk gula, garam, nangka dan air (air terpulang nak kuih ni basah atau kering). 7. Masukkan kuih tadi. Masak hingga mendidih. Tutup api dan siap.
Kuih ketayap memang kuih muih tradisi yang tidak jemu makan. Sesekali kita tukar inti ketayap dari inti manis ke inti kari. Sesuai untuk dinikmati ketika minum petang mahupun waktu sarapan nanti. Pasti tak cukup satu.
Ketayap Berlauk Bahan-bahan kulit: 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 3 cawan air 2 biji telur 1/2 sudu teh garam Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(pilihan)-BELI ONLINE DI SINI
Bahan inti: 3 biji ubi kentang(potong dadu) Sedikit isi ayam atau daging- (dipotong kecil-kecil)guna daging atau ayam kisar lagi mudah. 2 ulas bawang putih(potong dadu) 1 biji bawang merah(hiris dan potong dadu) 1 paket rempah kari daging(kecil)-BELI ONLINE DI SINI Daun sup Garam Penambah rasa(aji)
Cara buat kulit: 1.Campur semua adunan untuk kulit hingga jadi adunan seperti goreng pisang.Kacau guna whisk.Tapiskan.. 2.Kemudian ambil satu senduk dan tuang atas kuali non stick, lagi mudah. ulangi hingga adunan habis.
Untuk inti: 1.Sediakan kuali,tuang sedikit minyak. 2.Tumis bawang merah,putih yang dah dipotong dadu. 3.Masukkan rempah kari.(telah dibancuh dengan air) 4.Gaul sebati. 5.Tambah air sedikit. 6.Biar terbit minyak. 7.Masukkan ayam atau daging. 8.Masukkan kentang yang dipotong dadu. 9.Letak garam,serbuk ajinomoto perasakan,taburkan daun sup.Tunggu hingga kering sikit dan angkat. 10.Biarkan sejuk.kemudian ambil dadar tadi.letak inti dan lipat atau gulung. Macam buat ketayap inti kelapa. 11.Siap untuk dihidang. Airtangan dan gambar oleh: Eniza M. Salim
Selalu sayur hanya jadi lauk pelengkap. Tapi korang tahu tak yang sayur terung boleh jadi lauk utama. Misalnya lauk sambal terung ni. Sudah cukup enak kalau nak dimakan dengan nasi. Boleh juga dimakan dengan lempeng.
Resipi ini RASA kongsikan daripada seorang ibu anak tujuh yang selalu memasakkan lauk sambal terung ini untuk keluarganya. Menjadi lauk kegemaran seisi keluarga, resipinya ringkas namun menambat selera.
SAMBAL TERUNG
sambal terung mama fb.
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!