Makan

Resipi Jeruk Epal Sedap. Gaul-Gaul Je Dah Siap

Share

Suka makan Jeruk? Boleh cuba resipi Jeruk Epal yang sangat mudah dan sedap perkongsian saudari Nazuhaina Azu ni. Bahan-bahan serta cara memasaknya cukup mudah. Hanya dengan beberapa bahan ringkas, anda boleh buat snek ringan ini.

Bila sebut bab jeruk, sebenarnya ada pelbagai jenis yang boleh dicuba. Tapi bagi anda yang nak resipi mudah serta tak banyak bahan, yang satu ni lah paling sesuai. Paling enak jika sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati. Aduhai, nikmat tak terkata. Jom cuba!

CARA MEMBUAT JERUK EPAL SEDAP & MUDAH


BAHAN-BAHAN:
3 biji epal hijau
8 biji asam boi putih – beli online disini
7 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan buah epal dan kupas kulit.
2. Kemudian potong cili. Jumlah cili boleh diubah mengikut tahap kepedasan masing-masing.
3.Potong epal mengikut saiz yang digemari. Ikut selera msing-msing.
4. Satukan semua bahan termasuk asam boi ke dalam bekas yang bersesuaian dan gaul sebati.
5. Jeruk Epal ini lagi sedap kalau disejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nazuhaina Azu

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN