Andai tak ada idea nak masak apa, menu Ikan Selar Masak Rendang Padang yang min kongsikan dari saudari Nor Shafinaz Radzuan ni pasti boleh buka selera. Mana tidaknya, guna bahan-bahan simple je tapi sedapnya tu luar biasa! Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.
1. Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.
2. Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat
3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.
4. Masukkan asam keping.
5. Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.
6. Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.
7. Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !
Kredit resipi & foto: Nor Shafinaz Radzuan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA :
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official