Resipi Ikan Cencaru Sumbat Mak Ajar Step By Step, Mesti Jadi!

Share

Kalau mak masuk dapur masakan simple pun nampak sedap, macam ada magic air tangan mak ni. Kamu kalau nak makan lauk ni boleh cuba resipi langkah demi langkah cencaru sumbat mak. Mesti menjadi!

IKAN CENCARU SUMBAT

*Resipi ikan caru sumbat untuk 3 ekor saiz besar

Bahan-bahan:

  • Lada kering sgenggam (klu xnk pdas kurangkn lada)
  • Bwg besar 1 1/2bj
  • Bwg putih 2-3 ulas
  • Halia sebesar ibu jari
  • Kunyit
  • Serai kecil 2btg
  • 1sd kecil ketumbar sangai #kluxnkpunxpe
  • 1sd kecil jintan manis sangai #kluxnkpunxpe
  • 2sudu air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Aji (taknak letak pun takpe)
  • Kelapa parut 1 biji (yg muda sikit)*

Cara-cara:

  1. Semua bahan dikisar kecuali kelapa.
  2. Satukan semua bahan.
  3. Perasakan.
  4. mayangkan daun kunyit n daun limau gaulkn semua.
  5. Sumbat dlm ikan (bahan tadi Xperlu panaskn @dimasak)
  6. Boleh bakar/ sangai dlm kuali / pemanggang ajaib

Kredit Resepi : Zana Suzanne

CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:

 

IKLAN