Resipi ikan bawal hitam masak kicap ini memang ringkas tapi boleh jadi kegemaran keluarga.
Dengan kombinasi rasa manis, pedas dan masin yang seimbang selain tumisan bawang dan halia yang menggoda selera, bila dimakan dengan nasi memang masing-masing angkat ibu jari. Cubalah…
Resipi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap
Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal hitam – dibersihkan, digaul garam kunyit dan digoreng
2 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya (disyorkan jenama ABC)
Air secukupnya
Bawang holland dan lada besar merah/hijau – dihiris (jika suka)
Cara Penyediaan
1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
Ads
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau.
4. Tambah sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau rata.
5. Tambah sedikit air untuk kuah. Jangan terlalu banyak, cukup sekadar kuah menyaluti ikan.
6. Masukkan hirisan bawang holland dan lada besar jika suka. Ia bukan saja cantik tapi menambah rasa.
Ads
7. Masukkan ikan goreng ke dalam kuah. Biarkan seketika hingga ikan sebati dengan kuah.
8. Tambah garam dan perasa secukupnya. Siap untuk dihidangkan!
Tip Ekstra
Boleh guna ikan lain seperti ikan kembung, selar atau siakap.
Ads
Jika suka lebih pedas, boleh tambah hirisan cili padi.
Resipi ikan bawal hitam masak kicap ini sesuai juga ditambah sedikit bawang besar yang dimayang bulat untuk rasa lebih manis dan aroma.
Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina , tentulah macam-macam sajian Cina memikat selera. Resipinya mudah dan ringkas, dan yang min perhatikan mereka amat menjaga kesegaran bahan ramuan dan tidak terlebih masak.
Kalau lauk sayuran masih hijau lagi warnanya dan kalau ikan atau makanan laut rupa dan rasa amat berjus sekali. Jom kita cuba 5 sajian ini seperti yang dikongsikan dari restoran Cina Muslim ,Restoran Haslinda Sim.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakapBahan untuk di kisar:
100 gm bawang putih
100 gm bawang besar
50 gm serai
100 gm lada merah
150 gm cili boh
5 keping asam keping
50 gm asam Jawa
50 gm air limau nipis
Garam secukup rasa
Bahan dibawah ikut citarasa(dipotong kasar dan digoreng):
Kacang panjang
Kacang bendi
Tomato
Bawang Besar
Lada Merah
CARA MEMASAK:
1. Ikan dikukus, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi menjadi kuning 2. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa 3.Campur sedikit air jika rasa agak kering. 4. Masukkan Ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi. 5. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)
BAHAN-BAHAN :
100 gm bawang putih
100 gm lada merah
50 gm cili kering
50 gm serai
50 gm belacan
50 gm udang kering * Bahan di atas dikisar satu persatu
2 ekor udang galah
50gm cili boh
250ml susu cair
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak
Cara Memasak:
1. Udang Galah yang sudah dicuci bersih dan dibuang usus di belakang, digoreng separuh masak 2. Pijarkan minyak masak. Bahan-bahan yang di kisar satu persatu ditumis hingga kuning 3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang digoreng 4. Masak hingga sebati dan naik minyak. 5. Siap untuk dihidangkan.
3. AYAM MASAK PORTUGIS
BAHAN-BAHAN :
300gm daging ayam | digoreng separuh masak
15gm lada hitam
50 gm majerin
100gm sos cili
1 sudu besar gula
3 sudu besar susu cair
CARA MEMASAK : 1. Panaskan majerin di dalam kuali. 2. Masukkan Lada hitam, sos cili, gula hingga wangi 3 .Masukkan ayam gaul hingga sebati 4. Masukkan susu cair, masak hingga agak sedikit kering 5. Siap untuk dihidangkan
4. PUMPKIN BEANCURD
BAHAN-BAHAN:
2 batang tauhu jepun
¼ labu kuning
½ paket cendawan putih Shimeji
200gm brokoli
1 ulas bawang putih
Minyak untuk mengoreng
Sedikit stok ayam secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Tauhu sebatang dipotong empat. 2. Panaskan minyak goreng sehingga kuning Cara memasak sos : 3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak 4. Setelah labu masak, korek isinyanya menggunakan sudu dan buang kulitnya Isi labu dikisar halus. 5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kuning 6. Masukkan labu yang dikisar tadi kacau mengikut suka pekat atau cair. 7. Sambil dikacau masukkan garam dan stok ayam cukup rasa. Cara menyediakan brokoli : 8. Rebus brocoli dengan sedikit minyak. 9. Setelah direbus, susun ditepi pinggan 10. Letakkan tahu ditengah pinggan kemudian 11. Siramkan dengan sos labu tadi. 12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN
BAHAN-BAHAN :
300gm sayur kailan
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
1 sudu makan sos tiram
CARA MEMASAKNYA:
1. Daun sayur kailan dihiris halus 2. Kemudian digoreng dalam minyak penuh dan ditoskan agar nampak garing. 3. Tumiskan bawang putih dan kemudian gorengkan batang kailan. Masukkan garam usah terlalu banyak diikuti sos tiram *sos tiram juga memberi rasa masin 4. Kemudian taburkan daun sayur kalian yang digoreng garing tadi, ke atas batang sayur kailan. 5. Siap untuk dihidangkan
Resipi : Bohari Rahmat, Restoran Haslinda Sim,Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, Bandar Baru Bangi, Selangor
Ikan percik sememangnya antara hidangan yang paling kerap dihidangkan terutama dalam musim Ramadan atau hujung minggu. Jika di Kelantan dan Terengganu pula, ia dijual setiap hari di kedai-kedai makan. Sememangnya hidangan ini mampu memecahkan selera. Ikan bakar yang dilumur ramuan kuah percik yang penuh dengan pelbagai rasa dan lemak dari santan ini sentiasa dicari orang. Jom kita cuba resipi ini.
IKAN SELAR PERCIK KUAH MERAH
BAHAN-BAHAN
7 ekor ikan selar
5 ulas bawang merah (*)
4 ulas bawang putih (*)
6 tangkai cili kering (rendam air panas ) (*)
1/2 inci halia (*)
1 batang serai (hiris nipis) (*)
1 sudu besar kerisik (*)
1 gelas santan pekat
2 gelas air.
1 keping asam keping @ gelugur.
1 sudu kecil kunyit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Siang dan cuci ikan. Ambil satu sudu besar bahan kisar tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit. Bakar ikan.
3. Untuk membuat kuah, masukkan santan dalam kuali dan air. Panaskan sekejap dan masukkan asam keping.
4. Masukkan bahan kisar kacau rata. Masak hingga kuah pekat dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
5. Bila ikan masak lumurkan atau percikan sedikit kuah atas ikan. Bakar sekejap supaya kuah meresap pada ikan.
Ikan jeruk, hidangan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu. Banyak masakan boleh dihasilkan menggunakan bahan ni bermula dari nasi goreng, dijadikan rencah sayur dan sebagainya. Malah, jika goreng dan makan dengan nasi begitu sahaja pun dah cukup membangkitkan selera.
Ikan jeruk ni biasanya dihasilkan menggunakan ikan tenggiri papan. Ia mudah dibeli namun tak ramai yang tahu cara-cara nak jeruk ikan ni secara homemade. Percayalah, jika buat sendiri rasanya lebih sedap. Bahkan kebersihannya juga lebih terjamin. Jom cuba resipi perkongsian dari Puan Yuss Aisya ni. Moga ia bermanfaat buat semua.
IKAN TENGGIRI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Ikan tenggiri segar
BAHAN PERAP:
Jus limau kasturi/ limau nipis / lemon
Garam secukupnya
Halia – hiris nipis seperti batang mancis
Lengkuas – hiris nipis seperti batang mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage ( herba inggeris yang boleh dibeli di pasaraya) – untuk beri aroma kepada ikan jeruk. Tidak wajib guna.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan tenggiri dan potong ikut saiz sepatutnya.
2. Kemudian lumurkan dengan bahan-bahan perapan. Bahan-bahan bertanda (*) digunakan pada kuantiti yang secukupnya manakala garam mestilah bersalut pada ikan. Ia sangat penting supaya ikan dapat diawet dengan elok, tidak busuk dan tahan lama.
3. Isi ikan yang diperap tadi dalam bekas bersesuaian atau dalam beg plastik berzip. Simpan dalam peti sejuk di bahagian bawah.
4. Perap ikan selama 12 jam kemudian bolehlah digoreng dan dinikmati.
INFO MENGENAI TENGGIRI JERUK
1. Daun sage digunakan kerana ia ada aroma yang sangat kuat dan ada khasiat tersendiri. Antaranya ia bersifat remedy, menenangkan dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia sangat sesuai untuk orang berpantang. Ia boleh dibeli di pasaraya terpilih.
Foto: www.thespruce.com
2. Untuk menikmati ikan tenggiri jeruk ni, goreng dengan hirisan bawang dan cili. Rasa masam, masin, wangi dan sedap.
Jangan buang kulit tembikai! Cuba resipi sayur tumis kulit tembikai yang sedap, unik dan berkhasiat ini. Lauk kampung ringkas tapi padu, wajib cuba kalau belum pernah rasa.