Resipi Gulai Ayam Pegaga Buat Yang Merindui Masakan Nogori

Share

Sebagai anak jati Negeri Sembilan memang tak sah kalau tak makan “masak lomak cili api”.Dalam masakan ini kerap dimasukkan sekali sayuran seperti pegaga,sayur maman,betik muda,pucuk ubi,daun puding hitam.Boleh digulai atau terus jadikan rendang dengan bahan dan cara sama.
*harus diingat orang Negeri Sembilan memang sangat ringkas,cukup dengan cili,kunyit dan garam ditumbuk sekali.

GULAI AYAM PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
2 ikat daun pegaga
Cili api atau cili padi *ikut tahap kepedasan
1 atau 2 inci kunyit hidup
Serbuk kunyit *(saya saja tambah)
Lada hitam *kebiasaannya hanya guna lada hitam tapi saya suka tambah biji ketumbar dan jintan manis untuk lebih aroma


Biji ketumbar
Jintan manis
1 biji kelapa
3 asam keping
3 batang serai diketuk
Garam *secukupnya
*Boleh juga macam-macam lagi sayuran lain seperti pucuk ubi,daun puding hitam,sayur maman dan sebagainya.

CARA MEMASAK:

1.Masukkan semua bahan dalam kuali/periuk,gaul rata dan masak sehingga mendidih.

2.Masukkan daun pegaga dan masak lagi sehingga kepekatan kuah yang kita nak atau terus jadikan rendang

Kredit :RESIPI & DEKORASI MUHAMAD MUKTAMN
https://www.facebook.com/MuhamadMuktaminHasibuan

http://www.rasa.my/ayam-bakar-super-simper-tapi-sedapnya-ya-ampunn/

IKLAN