Resipi Donut Red Velvet Viral, Mudah Je Nak Buat

Share

Donut red velvet, donut yang tengah viral sekarang ni. Tak susah pun cara nak membuatnya, kerana kaedahnya sama seperti membuat donut biasa.

Resipi yang dikongsikan Khairunnisa Mohammad ini, menggunakan emulco red velvet bagi menambahkan lagi warna red velvet pada donut.

 

DONUT RED VELVET

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum


1 sudu besar yis instant
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar emulco Red Velvet
¾ cawan air suam
Secubit garam
1 sudu besar marjerin

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin. Gaul dan uli sampai sebati.
2. Masukkan marjerin dan terus uli sampai licin. Perap 30 minit – 1 jam.


3. Bentukkan jadi donat guna acuan/tangan. Perap lagi 20-30 minit.


4. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Siap untuk dihidang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Doh lebih tu, saya buat ala-ala croissant. Dalamnya letak chocolate rice. Bakar suhu 180°C atau hingga masak, selama 15-20 minit.

Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN