Sedapnya Dodol Kukus. Sajian kuih tradisional warisan orang Pahang ini memang sangat istimewa. Rasanya yang lemak, manis dan kenyal ditambah pula dengan taburan tahi minyak menjadikan kuih ini punya rasa tersendiri dan enak sekali. Namun ramai dikalangan anak juda yang kurang mahir menyediakan kuih ini. Sayang kalau dilupakan. Ada yang nak cuba? Saudari Saadiah Ahmad ada kongsikan resipinya. Tak sukar pun, Hanya perlu kukus sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT KUIH DODOL KUKUS PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN A (TAHI MINYAK): 1 cawan santan pekat Sedikit garam
BAHAN B: Daun pisang secukupnya – dilayur
BAHAN C: 1 cawan gula merah (beli online disini) 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air
1. Untuk membuat tahi minyak, satukan bahan-bahan A dan masak menggunakan api sederhana selama lebih kurang setengah jam hingga pecah minyak.
2. Satukan semua bahan C dan masak hingga semua bahan larut. Sejukkan. 3. Dalam bekas berlainan, masukkan semua bahan D dan gaulkan sampai sebati. 4. Bila sudah rata dan sebati, masukkan bahan C yang telah suam. Kacau lagi sampai rata dan sebati. Kemudian tapis.
5. Untuk menghasilkan Dodol Kukus, panaskan periuk kukusan. 6. Ambil minyak dari tahi minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang yang telah dilayur.
7. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang.
Ads
8. Kukus Dodol Kukus hingga masak antara 15 – 20 minit.
9. Bila sudah masak, taburkan tahi minyak di atas Dodol Kukus.
Tip: Untuk tahu Dodol Kukus sudah masak, permukaannya cantik licin serta tidak melekat di jari. Warnanya kehitaman mengikut warna gula.
Bukan hanya untuk breakfast, waffle juga boleh dibuat untuk minum petang. Tentunya waffle yang rangup dan tidak lembik menjadi pilihan. Dihidangkan pula dengan buah-buahan, madu dan aiskrim, memang sedap tak terkata. Tak perlu lagi beli di kedai, anda boleh buat sendiri di rumah. Hanya ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Asiah.
Hidangan ayam goreng pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Jimat & pasti puas makan. Jom cuba!
AYAM GORENG RANGUP SPICY
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong saiz sederhana
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Sedikit air
BAHAN SADUR:
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Tepung beras
Tepung gandum
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Tengok gambar pun tak terjentik urat selera nak makan. RASA kongsikan resipi daripada Azira Mamat. Resipi gulai ayam yang dimasak ini memang nampak sedap sungguh. Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun sangatlah berbaloi sebab warna, rasa nak harumannya pasti membuka selera
GULAI AYAM
BAHAN KISAR
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup.
BAHAN LAIN
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar cili boh
Rempah 4 sekawan
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
Setengah ekor ayam
Sedikit air
Gula melaka secukup rasa
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis cili boh, bahan kisar, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai cap bunga rose sehingga naik minyak. Masukkan satu demi satu bahan ni.
2. Masukkan ayam dan sedikit air.
3. Masukkan gula melaka, kerisik dan asam keping.
4. Apabila ayam telah separuh masak, masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.