Resipi Dodol Homemade Mudah Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

Share

Dodol homemade panas-panas memang sedap. Malah ada yang suka makan yang cair. Dapat sepiring, fuhhh…layan sungguh! Bagi anda yang ada periuk tekanan, selain masak lauk pauk, anda juga boleh guna buat masak dodol ni. 12 minit je dah boleh siap makan. Tak perlu tunggu berjam-jam. Bagi yang tak ada periuk tekanan, anda juga boleh masak dodol guna kuali non-stick. Menarik! Nak cuba? Resipi perkongsian saudara Are Peace ni antara yang mudah. 

 

DODOL HOMEMADE SEDAP

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ( kecuali daun pandan) dan kisar.
2. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk tekanan. Masukkan juga daun pandan.


3. Tutup dan ‘steam’ kan selama 4 minit.


4. Buka penutup dan kacau hingga sebati.


5. Kemudian tutup kembali periuk dan steam lagi selama 4 minit.
6. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali.


7. Siap! Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.

 

CARA MASAK DODOL MASAK GUNA KUALI NON STICK

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm tepung pulut
  • 3 cawan gula melaka (*) (boleh juga gunakan gula merah)
  • 2 cawan gula pasir (*)
  • 3 cawan air (*)
  • 2-3 helai daun pandan (*)
  • 1 kg santan pekat

CARA MEMASAK:

  1. Masak bahan-bahan bertanda (*) hingga gula larut. Tapis dan tunggu sejuk sebentar.
  2. Masukkan tepung pulut dan bahan yang dimasak tadi kedalam blender dan kisar
  3. Tuangkan adunan tepung ke dalam kuali non-stick. Sentiasa kacau adunan bagi mengelakkan dodol berkerak.
  4. Adunan akan meletup-letup dan pecah. Kacau dodol sehingga terbit minyak pada dan tidak melekat.
  5. Padamkan api dan masukkan dodol ke dalam bekas untuk disejukkan.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Are Peace

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN