Resipi Daging Masak Merah Thai Yang Sedap & Mudah Masak.

Share

Sedapnya menu Daging Masak Merah. Lauk ni sangat ringkas dan mudah yang anda boleh cuba masak untuk keluarga di musim PKP ni. Hasilnya sama macam Daging Masak Merah macam yang selalu kita pesan dekat kedai tu.  Resipi perkongsian dari saudari Zetty Azikin ni memang terbaik. Cubalah! Pasti anda sukakan rasanya.

 

CARA MASAK DAGING MASAK MERAH 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging – direbus, direndam pewarna merah & dihiris. ( jika tak suka pewarna, boleh abaikan)
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 6 ulas bawang putih – diketuk
  • 8 biji cili padi merah
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang holland
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji lada benggala merah
  • Bunga kubis – kuantiti ikut citarasa
  • Kacang panjang – kuantiti ikut citarasa
  • Baby jagung – kuantiti ikut citarasa
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan air
  • Sedikit serbuk pewarna merah – jika suka
  • Gula, garam dan perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga garing.

2. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.

3. Kacau selama 2-3 minit barulah dimasukkan sos cili dan tiram.

4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran ( kecuali bawang & tomato) dan daun limau purut. Kacau rata.

5. Masukkan air.

6. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga rata. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit pewarna merah.

7. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Kacau selama 2-3 minit untuk sebatikan dan biar bawang sedikit lembut.

8. Siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zetty Azikin

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

IKLAN