Kalau korang peminat popia, mesti korang suka popia carbonara ni. Jom try buat popia carbonara ni. Senang je. Bahan pun tak banyak. Sedap pulak tu. Sesuai untuk hidangan ketika sarapan atau minum petang.

POPIA CARBONARA CHEESE

Popia Carbonara Keju, Senang Dibuat Dan Sedap Sangat

BAHAN-BAHAN
Minyak masak
Lada banggala (hiris panjang)
Bawang holand (cencang)
Sosej (potong dadu)
Isi ayam (potong kecil)
Lobak merah (hiris nipis dan panjang)
Sos carbonara
Keju mozzarella
Garam
Gula
Lada hitam
Origano
Kulit popia

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Tumis lada banggala dan bawang holand sampai naik bau.
2. Masukkan sosej, isi ayam dan lobak merah.
3. Masuk sos carbonara.
4. Perasakan dengan garam, gula, black peper dan origano.
5. Tunggu sejuk sampai agak pekat sikit. Baru boleh bungkus dengan kulit popia.
6. Panaskan minyak masak. Goreng. Sedia dinikmati.

IKLAN

CARA MEMBUNGKUS
1. Bentang kulit popia. Letakkan inti.
2. Taburkan keju mozzarella.
3. Lipat kemas.
4. Bungkus sekali lagi dengan kulit popia. Biar dua lapis. Kalau selapis saja boleh bocor.

IKLAN

Resipi oleh Rabi dari Telegram KakiMakan Channel

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI