Resipi Chicken Chop Homemade Sedap Lengkap Dengan Coleslaw & Sos

Share

Enaknya kalau dapat makan Chicken Chop. Walaupun homemade, tapi kalau kena dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur dibuatnya. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari Che Nim ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga.

 

CARA MEMASAK CHICKEN CHOP HOMEMADE YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN CHICKEN CHOP:
Kepingan ayam tanpa tulang (ayam chicken chop)
Tepung bestari secukupnyabeli online disini


Serbuk roti secukupnya beli online disini
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SOS:
3-4 ulas bawang putih beli online disini
Lada hitam secukupnya beli online disini
4 sudu makan mentega beli online disini
1 tin sos prego cheese & herbs (tin kuning ) beli online disini
Sedikit air
2 sudu makan kicap manis beli online disini
Serbuk cukup rasa secukupnya

BAHAN COLESLAW:
Kubis
Lobak merah
Mayones beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam. Ayam tu boleh beli yang siap dipotong khas untuk Chicken Chop.
2. Salut ayam dengan tepung bestari kemudian perap selama beberapa jam.

3. Selepas beberapa jam diperap, salut pula ayam tadi dengan campuran tepung bestari dan serbuk roti berwarna oren hingga rata.


4. Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng kepingan ayam tadi hingga garing keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
5. Untuk sos, tumbuk bawang putih dan lada hitam. Tumis bahan tumbuk bersama mentega.
6. Bila sudah naik bau, masukkan sos prego. Tumis sampai mendidih.


7. Tambahkan sedikit air untuk dapatkan kepekatan sos yang anda suka.
8. Akhir sekali masukkan kicap manis dan cukup rasa. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.
9. Untuk menyediakan coleslaw, parut kubis dan lobak merah halus-halus.


10. Tambahkan mayones denagn secukupnya. Gaul rata.


11. Hidangkan bersama Chicken Chop, kentang goreng dan juga sos.

Kredit resipi & foto: Che Nim

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN