Resipi Cheesetart Gebu, Buat Sendiri Lagi Puas Hati

Share

Resipi Cheesetart gebu. Tengok pun dah tau sedap kan? Ada yang panggil cheesetart buncit juga. Anak-anak mesti suka. Bahkan mak ayah pun suka kan?

Nak lagi puas, tentulah bila buat sendiri. Bolehlah makan banyak. Okay, resipi yang dikongsikan oleh puan Suhasnida Ismail ini merupakan antara resipi yang cukup mudah tapi gerenti sedap.  Oh ye. Shelltart tu nak buat sendiri pun boleh. Kalau nak mudah, beli je lah.

Resepi Cheesetart Gebu

Bahan-bahan:

500 gram cream cheese – boleh beli online di sini

100 gram gula icing – boleh beli online di sini

2 sudu makan mentega – boleh beli online di sini

4 sudu makan telur

2 sudu makan whipping cream non diary

Setitik esen vanila – boleh beli online di sini

Sedikit susu pekat (kalau suka)

Cara Memasak Cheesetart Gebu:

Pukul cream cheese dengan gula icing sampai sebati.

Kemudian, masukkan mentega, whipping cream dan pukul lagi sampai gebu. Jangan lupa masukkan telur dan esen vanilla.

Masukkan inti dalam poping bag (boleh beli online di sini). Paipkan inti ke dalam shell tart dan pipe skali cream cheese tu sampai penuh.

Bakar dalam oven selama 5-6 minit sahaja.

Dah siap! Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN