Makan

Resipi Cheesekut Yang Mudah & Anti-Gagal. Memang Padu!

Share

Hidangan pencuci mulut paling sedap sewaktu berbuka tentunya Cheesekut. Memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Mudah nak buat, tak perlu bakar atau kukus. Kalau buat guna Anchor Cream Cheese, memang bertambah padu. Untuk lebih berlemak, boleh tambah Anchor Cheddar Cheese Slices dan Anchor Unsalted Butter. Sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango

.

 

CHEESEKUT

Bahan-bahan:

  • 250gm Anchor Cream Cheese
  • ½ paket biskut kering | merry/biskut petak
  • ½ tin susu pekat manis
  • 5 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
  • 100ml Fernleaf Susu UHT
  • 80gm Anchor Unsalted Butter
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
  • Biskut hancur | untuk hiasan

 

Cara Memasak:

  1. Campurkan cream cheese, Anchor Unsalted Butter, susu pekat manis, Fernleaf Susu UHT dan Anchor Cheddar Cheese Slices hingga sebati.
  2. Susunkan biskut yang telah dicelup dengan susu di dalam loyang, lapiskan dengan adunan keju tadi.
  3. Ulang langkah yang sama hingga biskut habis. Pastikan lapisan atas sekali adalah adunan cream cheese. Taburkan biskut hancur di atasnya.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama dua jam sebelum makan.
  5. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma