Resipi Cendol Homemade, Rasanya Lebih Sedap

Share

Resipi cendol homemade, rasanya lebih sedap. Tentu ramai penggemar cendol kan? Apatah lagi musim panas begini. Menikmati semangkuk cendol memang nyaman.

Selalunya cendol dibeli siap. Tapi sebenarnya nak buat sendiri cendol pun boleh. Lagi sedap dan rasanya lebih ‘fresh’ kerana baru dibuat.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Haslindawati Omar

ini ye. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk.

Resipi Cendol Homemade

Bahan-bahan:

1 cawan tepung jagung  – boleh beli online di sini

1/2 cawan tepung beras – boleh beli online di sini

2 sudu makan tepung ubi – boleh beli online di sini

3 cawan air pandan

1/2 sudu kecil air kapur

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Pewarna hijau 

Cara Membuat:

Bancuh semua bahan dan kemudian tapis agar tak berketul. Setelah itu, masak atas api sederhana besar. Kena sentiasa kacau sampai likat dan berkilat.

Masukkan adunan cendol ke dalam piping beg. Sediakan besin berisi air sejuk dan ais.

Setelah itu paipkan adunan cendol ke dalam besin berisi air dan ais tadi.

Siap. Sedia dihidangkan mengikut cita rasa masing-masing.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN