Roti ini  enak dimakan begitu saja kerana rasanya yang manis dan lemak. Jika anda cuba, resipi ini boleh menghasilkan dua buku roti.
  
 BAHAN-BAHAN:
  - 6 cawan tepung gandum
  - 1 ½ cawan susu suam
  - ¾ cawan gula
  - 11gm yis
  - 3 biji telur saiz A
  - ¼ cawan mentega
  
  
 CARA MEMASAK:
  - Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
  - Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
  - Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
  - Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
  - Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda.
  - Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  - Keluarkan dan sedia dinikmati.