Resipi Butter Chicken Sedap. Masak Macam Ni Memang Tak Muak

Share

Butter Chicken atau Ayam Mentega sememangnya jadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Rasanya yang lemak masin, memang enak dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja. Bagi anda yang anak-anak kurang gemar makan isi ayam, boleh cuba masak begini. Pasti licin. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni. Mudah dan pastinya digemari ramai.

 

CARA MASAK BUTTER CHICKEN YUMMY. JOM CUBA!

BAHAN-BAHAN:
14-16 ketul ayam yang sudah di potong kecil
1 cawan susu segar 
7 sudu makan mentega beli online disini
20 helai daun kari beli online disini
4 biji bawang merah – cincang halus


6 ulas bawang putih – cincang halus
6 sudu besar tepung gandum beli online disini
3 sudu besar tepung jagung beli online disini
1 sudu teh serbuk lada sulah beli online disini
1 sudu teh garam
3/4 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu teh tepung jagung (untuk kuah)

CARA MEMASAK:

1.Satukan ayam bersama telur dan serbuk lada putih. Kacau @ gaul sebati dengan ayam.


2. Perap ayam selama 10 -15 minit.


3. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan tepung jagung.


4. Kemudian masukkan garam dan kacau sebati.


5. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan gaul dengan tepung. Pastikan semua bersalut rata.


6. Goreng ayam dengan minyak yang banyak dan panas.


7. Bila ayam sudah nampak kekuningan @ masak, bolehlah diangkat.


8. Pastikan ayam ditos minyaknya terlebih dahulu. Aya mini sangat rangup teksturnya. Ketepikan.


9. Dalam kuali berlainan, panaskan mentega dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.


10. Masukkan pula daun kari dan cili api. Kacau sehingga sebati.


11. Bila sudah semerbak bau daun kari, masukkan pula susu segar.


12. Masukkan pula tepung jagung. Fungsinya supaya kuah jadi pekat.


13. Seterusnya masukkan gula. Garam tidak perlu letak kerana mentega sudah bergaram dan ayam juga sudah mempunyai rasa masin. Namun jika kurang rasa, tambah ikut selera.


14. Bila kuah mendidih dan pekat sedikit, terus masukkan ayam yang telah goreng tadi.


15. Kacau sehingga sebati dan pekat. Kalau nak berkuah, jangan masak lama sangat.


16. Butter Chicken siap dimasak dan enak dinikmati bersama nasi.


17. Sepinggan ini bolehlah makan 5-6 orang.

Kredit resipi & foto: Ariana Sofia Ahmad

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN