Resipi Bubur Gandum Dari Arwah Tok. Mudah & Sedap Rasanya

Share

Bubur Chacha atau Bubur Gandum ini merupakan salah satu manisan tradisional yang digemari ramai. Cara membuatnya mudah sahaja dan sesuai dijadikan sajian minum petang atau dinikmati pada bila-bila masa. Saudari Cahaya Jannah ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah neneknya. Wow…Pasti enak. Jom cuba!

 

CARA MEMBUAT BUBUR CHACHA TERENGGANU @ BUBUR GANDUM

BAHAN-BAHAN DOH:
2 cawan tepung gandum beli online disini


1 sudu teh kapur beli online disini
Air secukupnya

BAHAN KUAH:
Santan secukupnya beli online disini
Gula melaka @ nise secukupnya beli online disini
Air secukupnya
Daun pandan

CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat doh, campur semua bahan dan adun sebati. Adunan lebih kurang nak buat jemput-jemput dan pastikan jangan terlalu cair atau pekat. Agak-agak sahaja.
2. Panaskan air di dalam periuk yang bersesuaian.
3. Ambil doh tepung dan tekan ke dalam tapis seperti dalam gambar di bawah.


4. Bubur yang sudah ditekan akan masuk ke dalam air panas yang mendidih. Bubur ini akan timbul bila sudah masak

.


5. Bila sudah timbul, toskan doh tadi.


6. Untuk membuat kuah, masak santan bersama gula melaka atau nise. Tambahkan daun pandan untuk bau wangi dan juga air jika perlu.


7. Sebatikan dan bila mendidih, masukkan doh tepung yang disejatkan tadi.
8. Gaul rata dan biarkan mendididh seketika.
9. Bubur Chacha @ Bubur Gandum sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cahaya Jannah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN