Makan

Resipi Buat Kerabu Tembikai Yang Senang Sangat. Tumbuk & Gaul, Siap!

Share

Tembikai pun boleh buat kerabu? Bagi yang berasal dari negeri Kedah, kerabu tembikai ini memang tak asing lagi. Ramai peminatnya terutama sekali waktu cuaca panas macam sekarang ini.

Cara buat kerabu tembikai ini pun mudah, tak perlu nak masak-masak. Cuma hiris, tumbuk dan gaul. Senang sangat. Kalau belum pernah cuba, boleh ikut cara buat kerabu tembikai yang dikongsi oleh Nor Haslina Abdullah Angah

.

Bahan-bahan

Buah tembikai – dipotong dan dihancurkan dengan sudu
Sedikit belacan
1 sdt gula
1 sdt garam halus
Sedikit cili kering

Cara membuat:

1. Tumbuk semua bahan di atas kecuali tembikai.

2. Gaul bahan yang ditumbuk tadi dengan buah tembikai yang dihancurkan.

3. Hiris bawang merah dan cili padi kemudian masukkan sekali. Siap untuk dijadikan lauk. Boleh sejukkan terlebih dahulu dalam peti ais sebelum dihidang.

TIP

  • Boleh juga masukkan isi ikan yang dihancurkan jika suka.
  • Bahagian bawah tembikai pun boleh digunakan untuk buat kerabu ini.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Haslina Abdullah Angah.

 

IKLAN