Tembikai pun boleh buat kerabu? Bagi yang berasal dari negeri Kedah, kerabu tembikai ini memang tak asing lagi. Ramai peminatnya terutama sekali waktu cuaca panas macam sekarang ini.
Cara buat kerabu tembikai ini pun mudah, tak perlu nak masak-masak. Cuma hiris, tumbuk dan gaul. Senang sangat. Kalau belum pernah cuba, boleh ikut cara buat kerabu tembikai yang dikongsi oleh Nor Haslina Abdullah Angah.
Bahan-bahan
Ads
Buah tembikai – dipotong dan dihancurkan dengan sudu
Sedikit belacan
1 sdt gula
1 sdt garam halus
Sedikit cili kering
Cara membuat:
1. Tumbuk semua bahan di atas kecuali tembikai.
2. Gaul bahan yang ditumbuk tadi dengan buah tembikai yang dihancurkan.
Ads
3. Hiris bawang merah dan cili padi kemudian masukkan sekali. Siap untuk dijadikan lauk. Boleh sejukkan terlebih dahulu dalam peti ais sebelum dihidang.
TIP
Boleh juga masukkan isi ikan yang dihancurkan jika suka.
Bahagian bawah tembikai pun boleh digunakan untuk buat kerabu ini.
Lidah terasa nak jamah kerabu. Menu kerabu ni memang boleh kecur liur dibuatnya. Tak lalu makan pun jadi bertambah bila dihidang kerabu , ikan goreng dan nasi panas. Hari ni kita buat kerabu ulam raja. Gerenti korang makan banyak nanti.
Kerabu Ulam Raja Bahan-bahan: 1 ikat daun ulam raja ( dihiris halus) ½ biji kelapa ( santan) 1 inci halia-ditumbuk 3-4 batang serai-ditumbuk 10 biji cili Melaka-ditumbuk Udang direbus-ditumbuk sedikit 2-3 sudu air asam jawa 1 peket kerisik ½ inci belacan Bawang besar- dihiris nipis Bunga kantan -dihiris Garam, gula dan sedikit serbuk perasa
Cara membuat: 1. Masukkan bahan yang ditumbuk, kerisik dan belacan digaul bersama santan. 2.Masukkan air asam jawa,garam, gula dan serbuk perasa. Rasa mengikut citarasa masing-masing. 3. Masukkan daun ulam raja,bunga kantan dan bawang besar. Gaul sebati.
Dalam episod keempat Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, Ili Sulaiman berpeluang ke negara Thailand untuk belajar cara-cara pembuatan Somtam yang sedap. Manakala di Malaysia pula Adam Didam telah belajar resipi mudah untuk menyediakan Kerabu Mangga yang terbaik.
Kedua-dua hidangan ni nampak sama tapi masing-masing punya kekuatan dan keenakan yang tersendiri. Nak cuba? Jom lihat resipi serta langkah-langkah penyediaannya.
1. KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji mangga muda
Udang kering secukupnya
1-2 biji bawang merah – dihiris
1 biji limau nipis
Sedikit emping cili ( chilli flakes)
Cili padi merah ikut kepedasan disukai
2 sudu makan sos ikan
Kacang tanah secukupnya
Air gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Hiris mangga dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air gula dan juga sos ikan ke dalam mangkuk.
3. Tambah hirisan bawang merah, emping cili, udang kering dan juga cili padi.
4. Seterusnya masukkan kacang tanah yang telah digoreng atau disangai.
5. Perah jus limau nipis dan gaul semua bahan hingga sekata. Sedia untuk dinikmati.
Video:
2. SOMTAM
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda
1 batang lobak merah
2 ulas bawang putih
Gula kabung Thailand
Udang kering secukupnya
1 biji limau nipis
5 biji tomato ceri
Udang kering secukupnya
1 biji limau nipis
2 tangkai kacang panjang – dipotong pendek
2 biji cili padi merah
Sos ikan secukupnya
Kacang tanah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Parut betik muda dan lobak merah. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih kasar-kasar.
3. Masukkan gula kabung dan udang kering. Tumbuk sedikit hingga lenyek.
4. Perahkan jus limau nipis.
5. Masukkan tomato ceri, kacang panjang dan cili padi. Tumbuk sedikit.
6. Perasakan dengan sos ikan secukupnya.
7. Masukkan hirisan betik serta lobak merah tadi. Tumbuk sedikit dan gaul hingga sebati.
8. Akhir sekali, masukkan kacang tanah panggang. Tumbuk manja sekali lagi.
9. Sedia untuk dinikmati.
Video:
Jom cuba!
Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Indonesia) Episod 1
Cara Masak Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Filipina) Episod 2
Cara Masak Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Thailand) Episod 3
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...