Tak perlu guna mixer, tak perlu susah-susah. Tapi brownies cheese ini memang sangat sedap. Beza brownies ini adalah toppingnya. Jadi, kalau korang suka brownies dan cheese, resipi ini memang sangat sesuai untuk anda.
CARA MEMBUAT
1. Cairkan coklat masakan dan mentega secara double boil.
2. Selepas siap, ketepikan dan biarkan sejuk.
3. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur ayam dan gula guna whisk.
4. Selepas adunan sebati, masukkan esen vanila dan garam.
5. Masukkan coklat yang sudah dicairkan tadi.
6. Masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
7. Kaupbalikkan adunan hingga sebati.
8. Lapikkan loyang dengan baking paper dan tuangkan adunan.
9. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius dan bakar selama 30 minit.
CARA MEMBUAT TOPING CHEESE
1. Satukan semua bahan dan adun sehingga sebati.
2. Tuangkan atas brownies yang sudah siap dimasak.
3. Bakar semula dalam oven selama 10 minit.
Nak kek cantik kena sabar masa menuangkan adunannya. Tuang sikit-sikit baru cantik kejadiannya. Lepas tu lorekkan di atasnya, baru cantik kejadian kek majerin tu.
Apa pun kita tengok resipi dari Puan June Ahmad. Siap tunjuk cara tuang. Kata June resipinya sama sahaja dengan Soft Butter Cake cuma dia tukar majerin, salah satu adunan (lapisan tu) boleh letak serbuk koko biar rasa coklat sedikit.
Kek Milo Moist ni memang mudah aje langkah memasaknya. Musim PKPB tengah ni kalau teringin nak makan kek, boleh buat sendiri aje. Kalau nakkan kek koko dan kopi kaya dengan rasa coklat yang hebat dan lembab, jom ikut resipi Kek Milo Moist dari Iedaa Jahaya ini.
Buat keknya dahulu, bila dah sejuk baru tuangkan toppingnya. Memang patut pun kaya bercoklat sebab ada ramuan koko, milo dan topping dengan ramuan coklatberyl’s dan krim putar yang lazat. Keknya juga ada memasukkan serbuk kopi, memang ala mocha lah rasanya tapi dengan lebih rasa coklat.
KEK MILO MOIST
.
BAHAN-BAHAN :
1 biji telur
Bahan diayak bersama :
Bahan topping (masak dengan kaedah double boiler) :
CARA MEMASAK : 1. Campur semua bahan-bahan bertanda *, dan kacau hingga gula larut, tapis dan ketepikan. 2. Ambil satu biji telur dan kacau hingga kembang. 3. Kemudian masukkan telur ke dalam adunan Milo tadi dan kacau. 4. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. Dan masukkan ke dalam adunan Milo. Kacau rata 5. Panaskan pengukus, kukus selama 15 minit 6. Keluarkan dan biarkan kek sejuk.Tunggu sejuk baru letak topping coklat
.
7. Satukan krim putar dan coklat beryl’s (guna kaedah double boiler). Kacau hingga coklat cair. 8. Curahkan di atas kek.
Raya semakin dekat, kemeriahan makin terasa. Pastinya kuih raya menjadi tumpuan. Sama ada buat sendiri atau beli, memang kuih raya menjadi hidangan wajib ada atas meja.
Jom kita buat 3 resipi biskut raya lejen iaitu biskut Arab atau biskut Makmur,biskut tart nenas dan biskut dam.
BISKUT ARAB @ MAKMUR
BAHAN-BAHAN:
*800gm -1kg tepung gandum (sangai kejap 5 minit) – beli online di sini *1 ½ cawan gula aising (½ cawan untuk salut) – beli online di sini *1 cawan susu tepung (½ cawan untuk salut) *400gm minyak sapi (apa-apa jenama pun okay) – beli online di sini
1. Satukan semua bahan, gaul (jangan lupa asingkan ½ cawan gula dan ½ cawan susu untuk salutan). 2. Uli hingga sebati menjadi doh dan bulat-bulatkan. Bakar api atas bawah 150°C selama 20 minit atau hingga masak. 3. Sejukkan dulu, ingat tu sejukkan dulu dan bolehlah salutkan dengan gula+susu, siap.
p/s: kalau rajin boleh letak inti kacang tumbuk/isi kurma
2. Kemudian bolehlah terap. Untuk inti nenas, saya sukat guna 1 sudu teh. 3. Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit. Suhu dan masa bergantung pada ketuhar masing-masing.
1. Pukul marjerin dan gula ising hingga sebati. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau lagi.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder yang sudah diayak. Masukkan sedikit demi sedikit. Kacau adunan sehingga menjadi doh.
3. Bahagikan doh kepada 2, satu bahagian letak serbuk koko yang sudah diayak dan satu bahagian lagi biarkan warna asal.
4. Doh kedua-dua warna dicanai panjang. Lepas dah canai, potong seperti dalam gambar. Nak panjang boleh, nak pendek macam ni pun boleh.
5. Kemudian, hiris panjang-panjang doh. Susun mengikut warna kuning coklat atau coklat kuning. Ni susunan dia, boleh jadi kuning coklat kuning atau coklat kuning coklat. Ulang untuk tiga lapisan.
6. Lepas dah siap, balut dengan plastik. Dah siap semua macam ni letak dalam peti ais untuk bagi dia keras, nanti senang nak potong.
7. Ni dah potong siap-siap pakai scrapper. Nanti susun je dalam loyang. Sementara tunggu yang dalam ketuhar tu masak, boleh je simpan sementara dalam peti ais semula sebab nanti dia lembik.
Kempen KEWPIE Dari Dapur Ke Hati memudahkan penyediaan juadah Raya dengan sos creamy dan versatil. Cipta hidangan lebih sedap, praktikal dan penuh kasih untuk keluarga.