Resipi Breakfast Casserole Yang Mudah & Mengenyangkan

Share

Ada keju di rumah tapi tak tahu nak masak apa? Anda boleh cuba buat Breakfast Casserole ni. Gabungan roti, telur, tomato, bayam dan keju ini menjadikan ia satu hidangan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Nak buatnya pun mudah sangat! Gunakan Anchor Cheese Slice untuk menambah lebih khasiat pada hidangan kerana kepingan keju ini kaya dengan protein dan kalsium yang baik untuk semua. Jangan lupa cuba nanti!

BREAKFAST CASSEROLE

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping Anchor Cheese Slice
  • 8-10 keping roti putih
  • 6 biji telur
  • 150ml Susu UHT Fernleaf
  • 80gram Anchor Cooking Cream
  • 3 biji tomato – hiris
  • 1 mangkuk kecil cincangan bayam
  • Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk; pukul telur bersama separuh cooking cream, garam dan lada sulah secukupnya. Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper.  Tuang bancuhan telur dan hancur-hancurkan hingga masak. Ketepikan.
  2. Sediakan mangkuk/casserole tahan panas.  Sapu dengan sedikit Anchor butter.
  3. Di dalam mangkuk lain, satukan separuh lagi Anchor Cooking Cream bersama Susu UHT Fernleaf, sedikit garam dan cincangan bayam. Kacau sebati.
  4. Susun beberapa keping roti di dalam mangkuk. Tuang campuran bancuhan susu dan cooking cream di atas roti dengan rata.
  5. Letakkan telur hancur dan ratakan. Susun hirisan tomato.  Tabur sedikit serbuk lada hitam. Bakar dalam air fryer pada suhu 180-190C selama 10 minit atau hingga keperang-perangan.
  6. Keluarkan casserole dari air fryer. Susun kepingan Anchor Cheese Slice. Masukkan semula ke dalam air fyer lalu bakar lagi untuk 3-5 minit. Hidangkan panas.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN