Resipi Bihun Sup Tumis Darat Lengkap Resipi Sambal Kicap Mantap

Share

Sajian Bihun Sup mungkin ramai yang sudah biasa. Malah masing-masing juga punya resipi kegemaran yang tersendiri. Namun sesekali mencuba resipi lain dari kebiasaan, enak juga. Bagi anda yang menggemari sajian yang mudah dan ringkas, resipi Bihun Sup Tumis Darat perkongsian saudari Teratak Eja ni antara yang boleh dicuba. Lengkap dengan resipi Sambal Kicap padu. Wah…Berbaloi.

CARA MASAK BIHUN SUP TUMIS DARAT

BAHAN KUAH SUP:

  • 1 kg daging – potong besar
  • 2 inci halia
  • 3 biji bawang merah – mayang
  • 10 ulas bawang putih
  • Rempah bunjut sup tulang
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Asam keping jika suka beli online disini

BAHAN TUMIS DARAT:

  • 3 biji bawang merah – mayang
  • 1 labu bawang putih – mayang
  • Rempah 4 sekawan – yang ini sudah ada dalam rempah sup tulang tu. Jadi boleh ambik dan guna balik

BAHAN SAMBAL KICAP:

CARA MEMASAK:

1. Satukan daging, halia, bawang merah, bawang putih, rempah sup bunjut dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak guna api perlahan hingga daging empuk.

2. Reneh kuah sup hingga daging masak sempurna. Kemudian perasakan dengan garam, perasa dan asam keping dengan secukupnya.

3. Ambil daging dan sejukkan. Kemudian hiris nipis.

4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis darat hingga perang.

5. Angkat dan masukkan bahan tumis ke dalam periuk berisi daging tadi. Kacau rata.

6. Hidangkan kuah sup bersama bihun, sambal kicap dan bahan sampingan lain seperti daun bawang, bawnag goreng, tauge dan sebaginya.

6. Untuk membuat Sambal Kicap, goreng cili padi, bawang putih dan bawang merah hingga layu.

7. Masukkan ke dalam pengisar bersama bahan-bahan sambal yang lain. Kisar halus.

8. Hidangkan bersama Bihun Sup.

Kredit resipi & foto: Teratak Eja

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN