
Terasa nak makan bergedil tapi tercari-cari resipi yang sangat sedap? Resipi ni mungkin memenuhi citarasa dan selera anda. Jom cuba!
BERGEDIL DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji ubi kentang bersaiz besar
- 250gm daging cincang
- 2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya
- 1 labu bawang besar | dicincang halus
- 1 pokok daun sup | dihiris halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
- Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
- Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
- Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
- Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kari Pekat Tanpa Santan, Rasa Pedas-Pedas Masam

Nak makan kari macam di kedai mamak? Pekat dan tanpa santan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kari ni makan esok harinya tambah lagi sedap.
KARI PEKAT TANPA SANTAN
Bahan-bahan:
2 biji bawang merah
2 tangkai daun kari
1 biji tomato
2 biji kentang
1 lobak merah
3 tangkai lada kering
4 tangkai cili hijau
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 hirisan halia (ditumbuk)
Dua serbuk utama untuk kari.
Cara memasak:

1.Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau dan daun kari.

2.Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.

3.Masukkan air asam jawa. Kalau tak ada asam jawa, boleh guna yogurt.

4.Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata. Sukatannya seperti:
1 paket rempah kari daging
3 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yang ditumbuk.

5.Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.

6.Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.
7.Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.

8.Jus daging telah keluar dan masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan api masih suhu paling kecil.

9.Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.
Kredit: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-sambal-padang-sedap-masak-macam-ni-tahan-berbulan-bulan/
https://www.rasa.my/nampak-sedap-resipi-kerang-masak-cili-ala-sheila-rusly/
https://www.rasa.my/resipi-kek-pisang-coklat-kukus-lembut-gebu-macam-span-sukat-guna-cawan-je/
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
https://www.rasa.my/sangat-sedap-resipi-sambal-lada-bilis-extra-pedas/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8gr522
https://www.dailymotion.com/video/x8c7ka6
https://www.dailymotion.com/video/x8c32hr
Resipi Masak Rendang Untuk Seekor Ayam, Sekilo Daging

Nak masak rendang ayam atau daging tapi dalam kuantiti sikit sebab ahli keluarga tak ramai. Masalahnya resipi yang ada kebanyakannya dalam kuantiti banyak.
Bagi yang mahir memasak rendang tak jadi masalah tapi buat yang baru belajar memasak dah tentu keliru dengan sukatan. Bagi memudahkan anda yang ingin memasak dalam kuantiti sedikit boleh ikut resipi perkongsian Masmira Idris ini.
Beliau yang mengambil tempahan rendang dan biasa membuat rendang dalam jumlah yang banyak tapi kali ini berkongsi sukatan rendang untuk seekor ayam atau sekilo daging.
Resipi Rendang Ayam Seekor/ Daging Sekilo
Bahan-bahan
Ayam 1 ekor / daging 1 kg
Bahan kisar:
1 genggam atau lebih cabai kering
Sedikit cili padi (jika ingin pedas)
5-6 ulas bawang merah
1 labu kecil bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
Lengkuas banyak (1.5 kali ganda tapak tangan)
7-8 batang serai
2 sudu biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
Bahan lain:
300g santan
Sedikit kerisik
1-2 keping asam keping
Sedikit gula melaka/merah
Sedikit gula batu
Cara membuat:
- Kisar semua bahan tapi jangan halus sangat.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar tadi
- Boleh masuk santan siap-siap. Kalau nak letak akhir pun boleh, terpulang. Jika letak awal, kuah cepat pecah minyak dan garing.
- Masukkan garam gula, gula melaka, gula batu, asam keping, sedikit kerisik ( jika masak rendang daging, letak garam akhir)
- Masak sampai pecah minyak dan garing.
- Masuk ayam/daging dan tambah air.
- Masuk daun kunyit yang dihiris halus. Koyak-koyakkan daun limau purut masuk dalam kuah.
- Kacau sekejap dan perlahankan api.
Siap

Selamat mencuba
Sumber: Masmira Idris
Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai & Kuih Bakar Kegemaran Suami

Bila dah masuk minggu kedua berpuasa, pasti ramai yang sudah berkira-kira dan mula menyediakan persiapan untuk hari raya. Macam Lana Nordin ni. Panjang senarai kelengkapan raya yang disediakan untuk suaminya, Daud Mckienzie. Itu nak beli, ini perlu ada. Maklumlah, raya kan setahun sekali.

Asyik membuat senarai barangan Hari Raya, tak sedar jam menghampiri waktu berbuka. Wah…Nasib baik Lana Nordin ni handal memasak. Dua menu kegemaran suami Nampak mudah je beliau sediakan.

Daging Masak Merah Ala Thai dan Kuih Bakar adalah dua menu berbuka kegemaran suami Lana. Resipi-resipi tersebut diwarisi dari ibunya dan memang sangat mudah. Sesuai sangat dicuba di bulan puasa ini.



Selain berkongsi resipi, Lana juga berkongsi petua untuk menghasilkan Kuih Bakar yang enak. Ia tidak lain dan tidak bukan, harus menggunakan acuan tradisional kuih bakar dan juga mesti menggunakan air kisaran daun pandan. Patutlah nampak sangat sedap!

Ada yang terliur nak cuba masak sendiri menu dari pasangan selebriti ni? Jom cuba resipi-resipi di bawah ini. Sesuai dijadikan menu berbuka untuk anda dan keluarga. Selamat mencuba!
DAGING MASAK MERAH ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
- 350gm daging batang pinang – direbus empuk
- 3 – 4 ulas bawang putih – dicincang
- 1 – 2 biji bawang holland – dihiris
- 2 1/2 sudu makan pes cili kisar
- 2 sudu makan sos cili
- Sos tomato secukupnya
- 1 sudu besar sos tiram
- Sos ikan – jika suka
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak
CARA MEMASAK:
- Ambil daging yang telah siap direbus. Goreng dalam kuali seketika tanpa menggunakan minyak.
- Hiris daging tadi nipis-nipis.
- Panaskan minyak masak dan goreng hirisan daging tadi hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
- Dengan menggunakan kuali dan minyak gorengan yang sama, tumis cili kisar hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan bawang putih, sos cili, sos tomato, sos ikan (jika suka) dan sos tiram.
- Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
- Masukkan hirisan bawang holland. Masak hingga bawang layu.
- Akhir sekali, masukkan daging yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KUIH BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum
- 200gm gula
- 3 biji telur
- 2 ¼ mangkuk santan segar
- 1 cawan jus pandan asli
- 2 sudu besar mentega
- Bijan secukupnya
- Pewarna hijau
- Garam
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan ( kecuali minyak masak dan bijan) ke dalam bekas pengisar.
- Kisar hingga semua bahan Kuih Bakar jadi sebati dan tidak berketul.
- Ambil acuan kuih bakar dan masukkan sedikit minyak masak. Ratakan.
- Tabur bijan pada dasar loyang.
- Tapis adunan Kuih Bakar ke dalam loyang kuih tadi.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 170C menggunakan api atas bawah selama 40 minit atau hingga kuih bakar sempurna.
LG PuriCare™ Buat Tugas Memasak Menjadi Lebih Mudah Dan Cepat
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) memudahkan kita membuat pilihan mengikut menu dan resipi yang ingin disediakan apa lagi dalam bulan Ramadan ini.

Bila bulan puasa ni, memasak untuk sahur memang perlu laju, dan masa yang terhad, kita perlu untuk memasak air jika mahu menyediakan minuman panas untuk bersahur. Memang jimat masa betul. Kalau nak buat air sirap atau air berperisa yang dingin waktu berbuka nanti tinggal tekan sahaja pilihan air sejuk. Mudah sangat. Kalau tak mahu air panas atau sejuk kerana tidak sesuai dengan selera kita, pilihan air segar mengikut suhu bilik boleh terus masukkan dalam gelas. Air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.
Sensor yang terletak di belakang saluran keluar air mengesan ukuran cawan atau botol pengguna dan menggerakkan paip ke atas dan ke bawah untuk menyesuaikan ketinggian secara automatik untuk tuangan tanpa percikan yang sempurna setiap masa. Mudah kan?
Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

