Resipi Bayam Brazil Goreng Belacan. Mudah, Sedap & Buka Selera.

Share

Dekat rumah ada tanam Bayam Brazil? Biasanya sayur ni dibuat ulam je kan. Apa kata hari ni cuba masak Bayam Brazil Goreng Belacan perkongsian saudari Robakyah Che Ros ni pula. Katanya, lebih sedap dari Kangkung Goreng. Malah tak kecut macam kangkung

. Cubalah. Masak sayur tanam sendiri ni boleh jimat belanja dapur.


.

CARA MASAK BAYAM BRAZIL GORENG BELACAN


.

BAHAN-BAHAN:

  • Bayam Brazil – bersihkan
  • 6 biji cili besar + cili padi – jika suka pedas, lebihkan cili padi.
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit udang kering atau ikan bilis
  • Sedikit belacan – letak lebih jika mahu rasa lebih sedap
  • Sedikit jus perahan lemon atau jus asam jawa
  • Gula, garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi dan masak. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang kering.
3. Masukkan belacan, perasa, garam, gula dan sedikit sahaja perahan lemon atau air asam jawa. Gaul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan sayur bayam. Gaul hingga rata dan rencah bersalut pada sayur.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Robakyah Che Ros

IKLAN