Resipi Basque Burnt Cheesecake Sedap, Mudah & Gerenti Jadi

Share

Sedapnya Basque Burnt Cheesecake ni. Kalau beli di kedai, sepotong pun dah mahal. Memang tak puas makan. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Menerusi perkongsian saudari Rita Zara, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan Basque Burnt Cheesecake yang sedap dan mudah. Sangat berbaloi cuba.

 

CARA MASAK BASQUE BURNT CHEESECAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm krim keju
  • 125ml whipping cream jenis dairy/tenusu (kalau beli dalam kotak 250ml, guna separuh je) – jangan guna non-dairy
  • 85gm gula – anggaran 5 1/2 sudu makan – beli online DISINI
  • 1 sudu makan esen vanilla – beli online DISINI
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 1 sudu makan tepung gandum – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa sama, putar 250gm krim keju dengan gula sampai kembang. Putar guna kelajuan sedang selama 2 minit.

2. Masuk telur satu persatu diikuti dengan esen vanilla. Putar hingga sebati.

3. Biar sebati hingga dapat tekstur begini.

4. Masuk tepung yang sudah diayak. Kemudian pukul guna ‘hand whisk’ hingga sebati (anggaran 10 kali pusingan).

5. Masukkan whipping cream, pukul lagi guna ‘hand whisk’ hingga sebati.

6. Pukul hingga jadi macam ni.

7. Ambil loyang bersaiz 6 inci, oles dengan mentega. Letak baking paper biar tinggi dari loyang supaya mudah nak Tarik kek keluar bila masak nanti.

8. Tuang adunan tadi ke dalam loyang yang telah dialas. Hentak-hentak sikit loyang untuk buang gelembung udara.

9. Bakar kek pada 200c menggunakan api atas bawah. Bila masa memasak tinggal 10 minit terakhir, naikkan suhu kepada 210c.

10. Bila kek sudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan dalam 15 minit. Kemudian buka baking paper.

11. Potong kek dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rita Zara

 

Dapatkan KETUHAR pelbagai saiz dan jenama DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN