Resipi Ayam ‘Singge Kelate’, Makan Dengan Ulam, Padu Teruk!

Share

Ayam Singge Kelantan namanya pun dah cukup mengujakan. Lauk simple yang boleh buatkan makan nasi bertambah-tambah. Menggunakan bahan-bahan segar dan semulajadi, lauk ini juga sesuai untuk anda yang nak diet. Cukup rasa dan sedap untuk hidangan seisi keluarga.

Resipi Ayam Singge Kelate

Bahan-bahan:

Ayam

Bawang merah – dihiris

Bawang putih – dihiris

Halia – dihiris

Lengkuas -dihiris

Serai – diketuk

Rempah ketumbar

Lada kering – dihiris

Lada burung

Asam keping

Garam

Gula

Budu

Air

Cara memasak:

  1. Masukkan ayam dan bahan-bahan lain (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, rempah ketumbar, lada kering dan lada burung.
  2. Gaul rata
  3. Kemudian masukkan budu, garam gula sekali dan gaul sekali lagi.
  4. Masukkan air dan biarkan mendidih atau sehingga ayam masak.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Dalam setiap masakan pastikan lebihkan bawang merah dari bawang putih untuk menambahkan kesedapan dalam setiap masakan

Kredit resipi & foto: Myra Edora

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

IKLAN