Resipi Ayam Percik Sedap. Buat Untuk Jualan Pun Laku Keras

Share

Resipi ayam percik sedap. Buat untuk jualan pun laku keras. Siapa yang gemar ayam percik bolehlah cuba resipi yang ini pula.

Ia telah dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha. Menurutnya, ini adalah resipi yang dia sendiri buat untuk jual.  So, gerenti sedaplah ni. Rugi tak cuba masak.

Resipi Ayam Percik

Bahan-bahan:

Ayam (potong dan bersihkan)

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Minyak zaitun/minyak masak

Bahan Kisar:

 Cili kering  – boleh beli online di sini

Bawang besar

Bawang putih  – boleh beli online di sini

Halia  – boleh beli online di sini

Serai

Kunyit hidup (kisar) – boleh beli online di sini

Ketumbar (kisar halus) 

Jintan manis (kisar halus) – boleh beli online di sini

Bahan Untuk Kuah:

Cili kering (kisar) – boleh beli online di sini

Bawang putih (Kisar) – boleh beli online di sini

Sos cili – boleh beli online di sini

Gula merah – boleh beli online di sini

Gula pasir  – boleh beli online di sini

1 sudu besar tepung jagung  – boleh beli online di sini

Garam

Air

Cara Memasak:

Untuk memasak ayam; tumis bahan-bahan kisar tanpa minyak dalam kuali. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Kemudian masukkan ayam biarkan ia masak setengah masak.

Setelah itu, letak ayam di atas stand dan renjis sedikit minyak Zaitun. Tapi guna minyak masak pun boleh.

Bakar dalam air fryer pada suhu 200C selama 15 minit (brgantung air fryer masing-masing)

Yang penting kena cukup masak. Tak cukup masak, tambah masa). Kalau nak bakar dalam oven, gunakan suhu oven 180C, selama 20 minit.

Untuk kuah; Panaskan kuali atau periuk, masukkan cili kering kisar, bawang putih dan sedikit air. Kacau-kacau sehingga cili masak.

Kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Jika ada bijan, campur je ke dalam kuah tu. Bila nak makan, tuang je kuah di atas ayam tadi. Selamat mencuba semua!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN