Resipi Ayam Masak Thai Padu & Kaw. Ini Rahsia Membuatnya

Share

Tak boleh move on lagi ayam masak Thai ni. Buat dah semalam takcukup. Jadi  kita repeat buat lagi. Buat berkali-kali pun tidak jemu. Korang boleh cuba buat .

Bahan A
10 ketul bahagian ayam digoreng
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak

Bahan B (bahan kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api

Cara memasak:
1.Tumis serai yang dititik sampai naik bau.

2.Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut. Tumis sampai garing.

3.Dah garing masukkan bahan yang dah dikisar.

4.Kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa. Siap!

Selamat mencuba

INGIN MEMBELI BLENDER BARU, LIHAT DI SINI.

IKLAN