
Resipi ayam masak taucu ini boleh jadi hidangan kalau dah bosan dengan lauk gulai ayam, ayam masak kicap, kari ayam dan sebagainya.
Walaupun taucu tak perlu letak banyak sebab mudah masin, tapi dengan sukatan yang betul, lauk ini jadi sangat sedap dan beraroma.
Taucu atau pes kacang soya diperam ini memang terkenal dalam masakan Cina, tapi bila digabung dengan bahan tumisan Melayu seperti cili kering, bawang dan serai, rasanya jadi cukup seimbang ada masin, pedas, masam dan manis semula jadi dari bawang. Memang sesuai sangat untuk makan dengan nasi putih panas.
Resipi Ayam Masak Taucu
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong sederhana & digoreng sekejap
3 labu bawang besar (sederhana)
5–6 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering – rendam & buang biji
1 inci halia
1–2 sudu kecil asam jawa – ambil airnya
60g taucu (apa-apa jenama, contoh Opah Nur)
2 batang serai – diketuk
1 biji bawang besar – potong bulat untuk hiasan
Cili merah – hiris serong
Daun sup & daun bawang secukupnya
Cara Penyediaan
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering dan halia sehingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama taucu sehingga pecah minyak dan harum.
3. Masukkan air asam jawa dan serai yang diketuk. Tambah sedikit air jika mahu kuah lebih.
4. Bila kuah mendidih, masukkan ayam yang sudah digoreng. Gaul rata dan biarkan masak hingga ayam sebati dengan kuah.
5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, cili merah, daun sup dan daun bawang. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.
Tip
- Jangan letak taucu terlalu banyak kerana ia masin semula jadi. Mulakan dengan sedikit, rasa dan tambah jika perlu.
- Ayam elok digoreng sekejap dulu untuk pastikan ia lebih sedap dan tidak hanyir bila masuk ke dalam kuah taucu.
- Kalau suka kuah pekat, biarkan ia mereneh lebih lama di atas api kecil.
Kredit Resipi & foto : Aida Akashahfitri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Tempat Bakar, Mudah Je Nak Buat Kebab Ayam Wrap Homemade

Kadang-kadang bila nak sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah, boleh jadi buntu juga mak-mak. Selain daripada nasi, bihun atau mee, nak juga sediakan menu yang berlainan kan.
Resipi kebab ayam wrap homemade daripada Norhayati Basri ini, boleh dijadikan idea untuk bekal anak ke sekolah.
Tak perlu ada tempat nak bakar atau grill, cukup grill atas dapur je pun boleh makan kebab.
KEBAB AYAM WRAP HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam – ditoskan/dikeringkan airnya & ayam dicincang halus serta dikisar dengan sedikit serbuk kunyit (saya guna ayam cincang ramly yang dah siap tu, lumurkan dengan kunyit)
4 sudu besar bawang goreng yang dikisar (saya guna yang ready made, kalau rajin boleh buat sendiri)
1 sudu besar pes halia + bawang putih (agak-agak je, kisarkan. Jangan memandai letak lebih dari 1 sudu besar, jadi lain rasanya. Saya abaikan halia)
1.5 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1.5 sudu besar serbuk ketumbar
0.5 sudu besar serbuk jintan putih – beli online di sini
1/4 (suku) sudu teh garam masala
1/4 (suku) sudu teh serbuk lada hitam (ambil lada hitam & tumbuk untuk memberi rasa)
1 sudu besar daun pudina | dicincang halus
2 sudu besar daun ketumbar | dicincang halus
1 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa
TONTON Dapur Rasa – Projek Air Tangan Emas Bersama MAGGI
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
CARA-CARA:
1. Gaul rata semuanya. Pastikan ayam tu kering atau adunan tak basah, nanti tak boleh nak melekat.
2. Kalau ada ketuhar, boleh juga dibakar dalam ketuhar. Saya bakar atas pan grill. Ia juga boleh dibakar atas kuali.
3. Adunan yang dah siap, bolehlah dibentukkan memanjang (tengok gambar) dan saya balut dengan kertas aluminium (bagi mampat) dan dibiar semalaman dalam peti ais.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Keesokan paginya, bolehlah dibuka aluminium foil dan dibakar/dipanggang (tengok gambar).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Siap dan boleh dihidangkan dengan mint chitney.
BAHAN MINT CHUTNEY:
1 cawan daun pudina
0.5 cawan yogurt
Garam secukup rasa
CARA-CARA:
Kisar semua bahan sehingga sebati. Dah siap dan sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Norhayati Basri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kudapan Ringan, Begini Cara Buat Kacang Garing Goreng Bawang Putih
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Mudah Buat Sosej Homemade Ikut Resipi Ni, Takda Bahan Pengawet Pun.

Cara mudah buat sosej homemade guna bahan segar dan paling penting tak perlu bahan pengawet. Sesuai untuk hidangan sekeluarga dan anak kecil. Jika kamu seorang ibu bekerjaya, resipi ini sangat sesuai dibuat untuk simpanan waktu-waktu kecemasan kerana ianya sudah cukup berkhasiat. Selamat mencuba.
SOSEJ HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Sebiji ubi kentang
- 4-5 ketul dada ayam
- 2 biji telur
- Apa2 sayuran ( saya letak lobak & brokoli)
- Sebiji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Sedikit lada sulah, lada hitam ( ikut rasa)
- Garam
- Tepung ubi 4 sudu dibancuh dengan setengah cawan air
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan dan blendkan
2.Masukkan bahan bahan tadi kedalam plastik aiskrim.
3. Plastik aiskrim diikat kiri dan kanan.
4. Kemudian rebuskan dalam 5-8 minit & toskan.
5. Biarkan sejuk seketika (suhu bilik)
6. Goreng jika nak makan, selebihnya bole simpan dalam peti 😋
Kredit resipi: Bintu Suffyan
10 Resipi Hidangan Bersambal Yang Pasti Membuka Selera Anda!

Masakan bersambal antara lauk pauk yang pasti ada di meja makan setiap keluarga. Ini kerana ia lebih mudah dimasak dan penuh perisa. Jika dimakan bersama nasi panas sahaja pun sudah mencukupi. Berikut dikongsikan 10 jenis hidangan sambal yang pasti membuka selera anda.
AYAM SAMBAL PERISA TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam | potong kecil
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan pes tomyam
- 4 ulas bawang merah |kisar halus
- 3 ulas bawang putih |kisar halus
- 2cm halia | kisar halus
- 1 batang serai| titik
- 1 biji bawang besar |belah empat
- Garam, lada sulah dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ayam dilumur dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng hingga masak.
- Di dalam kuali, panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan serai, cili kisar dan pes tomyam lalu tumis lagi hingga pecah minyak.
- Tambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit.
- Masukkan bawang besar dan ayam goreng. Didihkan seminit dua lagi dan tutup api.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma tomyam yang membuka selera
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Boleh masukkan cili padi jika mahu lebih pedas.
AYAM BAKAR BERSAMBAL BAWANG
BAHAN-BAHAN A:
- 1-2 ketul paha ayam
- 6 ulas bawang merah | tumbuk lumat
- 4 ulas bawang putih | tumbuk lumat
- 3cm halia |tumbuk lumat
- Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
- 2 labu bawang besar |potong dadu
- 3 sudu makan cili kisar
- 10 ulas bawang merah | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 3cm halia |kisar halus
- 1 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air asam (pilihan)
CARA MEMASAK:
- Perap ayam bersama bahan-bahan tumbuk dan garam selama 30-40 minit. Kemudian ayam dibakar hingga masak dan ketepikan.
- Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar berserta cili kisar hingga cili masak.
- Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Tuang ke atas ayam bakar dan hidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma halia dan serai yang tambah keenakan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Bakar dan tumis
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
BAWAL GORENG SAMBAL KICAP BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 1-2 ekor ikan bawal cermin/hitam
- 7-8 biji kacang botol | hiris nipis
- 7-8 biji cili merah
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 1 sudu makan kicap manis
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Ikan bawal dibersihkan, kelar-kelar lalu dilumur sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing dan ketepikan.
- Cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia di kisar halus.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
- Tambahkan kacang botol, kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
- Tuang sambal ke atas bawal goreng.
- Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma halia dan serai yang tambah keenakan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Bakar dan tumis
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
DAGING GORENG SAMBAL IJO
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging lembu muda | hiris nipis
- 10 biji cili padi | tumbuk kasar
- 1 labu bawang besar |potong bulat
- 10 biji cili hijau |kisar halus
- 6 ulas bawang merah | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 tangkai daun ketumbar | kisar halus
- 3cm halia | kisar halus
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya dan serbuk kunyit. Perap selama sejam atau lebih.
- Goreng daging hingga agak garing. Ketepikan.
- Di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga masak.
- Masukkan daging goreng, bawang besar dan cili padi yang ditumbuk kasar. Gaul sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang.
PUYUH GORENG BERSAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor burung puyuh |bersihkan
- 15 biji cili padi hijau
- 4 biji cili besar hijau
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar | potong bulat
- 1 batang serai |ketuk
- 3cm belacan
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:
- Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit pada burung puyuh. Goreng hingga garing dan ketepikan.
- Cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar berserta serai hingga naik bau dan cili masak.
- Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi hingga sebati.
- Masukkan burung puyuh goreng dan kaup balikkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa belacan yang tambah kesedapan sambal
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Boleh tambah jumlah cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini.
SAMBAL BABAT CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm babat (perut lembu) |bersihkan
- 10-15 biji cili padi hijau
- 5 biji cili hijau
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Babat (perut lembu) dihiris nipis dan rebus empuk. Toskan.
- Kisar cili padi, cili hijau, bawang merah dan bawang putih hingga jadi pes yang lumat.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
- Tumis bahan-bahan kisar dengan api yang kecil hingga pecah minyak. Masukkan air asam.
- Masukkan babat dan bawang besar. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas dan masin yang buka selera
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan tumis
Info chef: Babat yang telah dibersihkan ada dijual di pasar-pasar basah.
SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ikan bilis
- 2-3 sudu makan cili kisar
- 6 ulas bawang merah | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 labu bawang besar | kisar halus
- 3cm belacan
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan bilis dibersihkan, basuh dan ditumbuk kasar. Goreng separuh masak dan ketepikan.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga benar-benar masak.
- Masukkan bilis tumbuk, belacan, air asam, garam dan gula secukup rasa.
- Tumis lagi hingga sambal hampir kering dan pecah minyak.
- Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada pedas, masam, manis dan masin yang seimbang
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Bilis jangan ditumbuk halus kerana kita masih boleh terasa teksturnya ketika dimakan.
SAMBAL HITAM PARU LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm paru| hiris nipis
- 100gm lengkuas muda | hiris nipis
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan stok daging
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan cili kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar lumat
- 1 biji bawang besar |potong bulat
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Paru direbus empuk lalu dihiris nipis. Tabur sedikit garam dan goreng garing.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan lengkuas, tumis lagi hingga cili masak.
- Masukkan kicap dan stok daging dan didihkan beberapa minit.
- Masukkan paru goreng, lada hitam dan bawang dan kaup-balikkan
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma lengkuas yang unik
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, goreng dan tumis
Info chef: Boleh gantikan stok daging dengan air biasa jika stok daging tiada.
SAMBAL KENTANG, TAUHU TEMPE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji ubi kentang |hiris nipis
- 2 biji tempe |hiris nipis
- 2 biji tauhu | hiris nipis
- 100gm ikan bilis
- 1 biji bawang besar| mayang halus
- 4 ulas bawang merah |tumbuk lumat
- 3 ulas bawang putih | tumbuk lumat
- 2 sudu makan cili kisar
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ubi kentang, tempe, tauhu dan ikan bilis digoreng garing.
- Panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili masak.
- Masukkan bawang besar, air asam dan semua bahan-bahan goreng.
- Tambah garam dan gula secukup rasa. Kaup-balikkan sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Pelbagai rasa dalam satu masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng
Info chef: Ikan bilis harus digoreng garing supaya tidak lembik bila digaul sambal.
SAMBAL PETAI BILIS KERING
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ikan bilis|goreng garing
- ½ mangkuk petai | bersihkan
- 20 biji cili padi hijau |kisar halus
- 5 biji cili hijau | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 labu bawang besar | potong bulat
- 3cm belacan
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan-bahan kisar hingga benar-benar masak.
- Masukkan belacan, air asam, garam dan gula secukup rasa.
- Tumis lagi hingga sambal hampir kering dan pecah minyak.
- Masukkan bawang besar, ikan bilis goreng dan petai lalu kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Petai yang tambah kesedapan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis
Info chef: Jangan goreng petai terlalu lama agar ia kekal rangup bila dimakan.
Selamat mencuba!