Resipi Ayam Masak Palembang, Lauk Buat Makan Nasi Bertambah. Cukup Rasa Memang Mantap!

Share

Ayam masak Palembang antara lauk yang boleh dijadikan menu buat makan siang atau malam. Ayam antara menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Ada ketikanya buntu tak tahu nak masak lauk apa lagi dengan ayam, ini antara yang boleh dijadikan pilihan.

Hidangan begini tentunya buat suami dan anak-anak suka. Cukup rasa dan sangat sedap untuk dinikmati bersama. Menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Nak buat banyak-banyak kemudian bekukan untuk dimakan sepanjang minggu pun boleh.

Qasih Jue Aisya berkongsi resipi Ayam Masak Palembang untuk idea buat ibu-ibu yang masak sebagai hidangan keluarga. Jangan lupa cuba nanti resipi yang dikongsikan.

RESIPI AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam

A: Bahan-Bahan dikisar

Bawang besar – 2 biji (sederhana)

Bawang putih – 5 – 6 ulas

Halia – besar ibu jari

Bahan-bahan B:

Serbuk kunyit

Daun kari – 2 – 3 tangkai

Kicap manis – 1/2 cawan

Cili kisar – ikut pedas ( 2 senduk nasi)

Asam keping – 2 keping besar

Santan – 100ml

Minyak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Gaul ayam dengan kunit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan
  2. Panaskan minyak
  3. Tumis bawang besar , bawang putih , halia sampai naik bau
  4. Masukkan cili kisar
  5. Tumis sampai pecah minyak.
  6. Masukan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat.
  7. Masukkan daun kari
  8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Masukkan asam keping
  10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  11. Masukkan santan
  12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan
  13. Kalau kering sangat masukkan air sedikit

    Kredit: Qasih Jue Aisya

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN