Ayam masak kuzi antara hidangan dari Kelantan dan juga Johor. Cuma cara memasaknya antara dua negeri ini juga agak berbeza.
Apapun ayam masak kuzi ini cukup enak dimakan dengan dengan roti jala atau apa jenis roti, mahupun nasi. Bagi yang nak cuba membuat ayam masak kuzi cara pantai timur, boleh ikut perkongsian resipi oleh Halina Ab Hamid.
Cara buat ayam masak kuzi
Ads
Bahan-bahan
1 ekor ayam – direbus & goreng (minyak goreng ayam simpan untuk menumis)
1/2 kg bawang merah – mayang, goreng dan kisar
3 sudu besar sos tomato
1/2 tin susu cair
1/4 tin susu manis
6 ulas bawang putih -ditumbuk
2 inci halia – ditumbuk
2 sudu makan penuh rempah kuzi – (cap Kg Langgar)
Cara memasak
1. Tumis bawang putih & halia dengan mengunakan minyak sapi dan minyak goreng ayam sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kuzi dan tumis lagi sampai masak (lebih kurang 20 minit).
3. Bila sudah masak, masukkan bawang goreng yang sudah dikisar (tambah air, kena pandai agak-agak). Masukkan juga susu cair, susu pekat dan sos tomato. Kacau sebati hingga menggelegak.
Ads
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tak cukup rasa tambah tomato, garam dan gula. Nak manis atau masin atas cita rasa masing-masing. Boleh juga tambahkan kismis dan kacang gajus jika suka.
5. Bila ayam kuzi dan pekat seperti dalam gambar boleh tutup api. Boleh dihidangkan untuk dimakan dengan nasi, roti atau roti jala.
Di musim cuti ni, lauk berasaskan ayam pastinya antara menu wajib ada setiap kali waktu makan. Maklumlah, budak-budak ni lauk lain kurang minat. Jika hari-hari masak menu yang sama, buntu juga kan? Jadi boleh cuba resipi Ayam Perap Mayo perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni. Dijamin enak dan menjilat jari. Mudah sahaja cara pembuatannya. Jadi, selamat mencuba!
RESIPI AYAM PERAP MAYO
BAHAN-BAHAN:
Ayam – jumlah ikut suka berapa banyak
BAHAN PERAPAN:
Halia
Bawang putih
Mayones
Sos Tiram
Kicap manis
Madu
Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam
( **bahan perapan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan)
Memasak bukanlah satu tugas yang sukar namun kadang-kala kekangan masa menjadikan sesetengah dari kita lebih selesa membeli lauk siap masak di kedai. Nak ubah selera dengan jamu keluarga dengan masakan air tangan sendiri? Resipi-resipi yang RASA kongsikan ini boleh anda cuba!
1. AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
150gm biji gajus
2 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1/2 bji bawang Holland | dadu besar
5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus memanjang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Untuk lebih sedap boleh taburkan bijian yang telah digoreng sangai.
2. SAMBAL UDANG DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
300gm udang kertas | buang kepala, cuci dan tos
3 sudu makan pes cili kering
4-5 helai daun limau purut | siat-siatkan
1 biji bawang besar | potong dadu kecil
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun limau purut hingga wangi.
Tambahkan dengan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan udang, kacau rata hingga udang bertukar warna dan air udang kering.
Perasakan dengan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.
3. SOTONG RAMPAI SAYUR GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
250gm sotong hiris bulat
Sedikit hirisan bunga kubis
Sedikit hirisan kentang | potong dadu
Sedikit hirisan cili Benggala hijau
Sedikit hirisan cili benggala merah
1/2 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih | titik
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng kentang hingga masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Ttumis hirisan bawang besar, bawang putih hingga wangi.
Masukkan sotong, dan serbuk kunyit, kacau rata.
Seterusnya masukkan bunga kubis dan hirisan cili Benggala.
Kacau rata dan perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Campuran sayur dalam sotong boleh dipelbagaikan ikut cita rasa.
4. TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai kacang panjang | potong 4cm
150gm daging kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
3 biji cili padi | hiris
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
Perasakan dengan sos tiram.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Kacang panjang boleh ditukar dengan kacang buncis atau kacang bendi.
Kepak Ayam Pedas Manis, makan ratah macam tu sahaja atau buat lauk, sedap dan menyelerakan. Menu macam ni nampak ringkas tapi menjadi kegemaran sekeluarga.
Bagi yang suka pedas boleh boleh lebihkan lada hitam untuk tambahkan rasa. Bila makan mesti teringat kepak ayam sedap yang dibeli di kedai.
Nak puas hati dan puas makan boleh buat sendiri. Anak-anak mesti seronok dapat menikmati kepak ayam yang mereka suka sampai puas.
KEPAK AYAM PEDAS MANIS
BAHAN-BAHAN
10 kepak ayam – siang dan bersihkan
10 ulas bawang putih – ditumbuk halus
2 inci halia – ditumbuk halus
serbuk kunyit
kicap manis
sos tiram
madu
sos cili pedas
serbuk sweet paprika@serbuk cili
serbuk lada hitam
garam
gula
serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan secukup rasa.
Perap selama sejam atau lebih.
Panaskan minyak dalam kuali dengan sedikit minyak
Masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api perlahan saja.