Suka makan Ayam Masak Kurma? Kuah pekat, penuh perisa memang sangat membuka selera. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas. Bagi anda yang sangat menggemari sajian ini, jom cuba resipi ini. Rupanya ad acara untuk jadikan Ayam Masak Kurma jadi lebih enak tau. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM MASAK KURMA PALING SEDAP
Ads
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
Bawang merah – kisar
Bawang putih – kisar
Halia – kisar
1 ½ paket rempah kurma
Rempah 4 sekawan
Daun bawang – kisar
Daun ketumbar – kisar
Badam – kisar
2 cawan air
Pes asam jawa (boleh juga guna asam keping)
Kentang – dipotong kecil
Lobak merah – dipotong kecil
¼ cawan santan pekat
Cili hijau
Tomato
Bawang besar
2 kiub MAGGI® Pati Ayam
CARA MEMASAK:
Ads
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang kisar serta rempah 4 sekawan di dalam kuali sampai wangi dan garing. Bubuh rempah kurma. Kacau-kacaukan supaya tak hangus.
Bila bahan tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan bahan rahsia iaitu daun bawang, daun ketumbar dan badam. Kacau lagi.
Bila semua bahan elok pecah minyak, masukkan ayam. Kacau-kacau. Bila air ayam dah sedikit kering, bolehlah masukkan air.
Sementara menunggu untuk kuah mendidih, Gaulkan semua bahan.
Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau rata. Bila kentang, lobak merah dan ayam dah elok masak dan empuk, bolehlah masukkan santan pekat. Biarkan kuah mereneh.
Masukkan cili hijau, tomato dan bawang besar. Kacau-kacaukan lagi. Jangan biar dia hangus. Perasakan dengan kiub MAGGI® Pati Ayam. Ikut selera masing-masing ya.
Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Dah siap!
Ads
PETUA: Penambahan kacang badam kisar menjadikan hidangan Ayam Masak Kurma lebih enak dan berperisa.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar, tahun 2021 sudah hampir ke penghujung. Pasti banyak momen indah dan manis yang ditempuh sepanjang tahun ini. Tidak ketinggalan untuk menghargai pengguna setia, AJI-SHIO® membawakan sesuatu yang istimewa buat para pencinta masakan di Malaysia.
Sepanjang bulan Disember ini AJI-SHIO® berbesar hati membawakan Kempen AJI-SHIO Shiok & Simple kepada anda. Ada pelbagai pengisian terbaik yang tentunya sangat berbaloi untuk anda turut serta.
Bagi yang suka kumpul resipi, anda boleh memuat turun E-cookbook 30 Hari Resepi Shiok & Senang secara PERCUMA! Terdapat bermacam-macam resipi menarik yang boleh dimasak untuk keluarga. Hanya klik dan layari sahaja menerusi telefon bimbit. Mudah kan? Anda boleh muat turun E-cookbook “30 Hari Resepi Shiok & Senang” DISINI.
Sepanjang 30 hari ini, AJI-SHIO® juga akan berkongsi 30 resipi yang ‘shiok’ dan senang di laman FB AJI-SHIO Cookinguntuk anda cuba masak setiap hari. Ada bermacam-macam resipi tau. Memang rugi kalau tak ikuti. Semuanya cukup sedap, mudah dan pastinya menjadi.
Oh ya…Bagi anda yang suka masak dan ambik gambar, jangan lupa menyertai Peraduan AJI-SHIO Shiok & Simplekerana ada bermacam-macam hadiah menarik yang boleh dimenangi. Mudah sahaja caranya.
Masak menu kegemaran yang simple & shiok menggunakan produk AJI-SHIO® dan muatnaik di akaun FB/IG. Pastikan hantaran ditetapkan pada tatapan umum dan juga #AjiShio #AjiShioShiokSimple bagi memudahkan pihak AJI-SHIO® memilih pemenang nanti.
Untuk kaki shopping online, AJI-SHIO® juga mengadakan jualan bundle bermula 15 Disember hingga 9 Januari 2022. Beli produk AJI-SHIO® di platform Lazada dan Shopee dan anda akan menerima Buku Masakan Premium secara PERCUMA!
Wow… Bolehlah tambah koleksi buku masakan. Tak ada jual dekat tempat lain tau. Ekslusif sempena Kempen AJI-SHIO Shiok & Simple sahaja.
Memang menarik! Pasti ramai yang sudah tak sabar nak turut serta. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ya.
Sedapnya buah naga, kalau anda penggemar buah yang kaya khasiat ini, cer cuba pelbagaikan cara pengambilannya dengan mengolah buah eksotik dalam beberapa menu deseert yang sedap. Tak percaya ini RASA kongsikan tiga resipi dessert yang sedap. Kalau korang tak percaya, korang boleh cuba sendiri:-
.
PUDING BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
2. Tutupkan api.
3. Masukkan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
5. Biarkan lebih kurang tiga hingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
6. Sejukkan dalam peti sejuk.
.
KEK BUAH NAGA BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam. 2. Kemudian ayak bersama dan ketepikan. 3. Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan. 4. Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering. 5. Gaul sebati tapi jangan terlebih adun. 6. Bakar pada suhu 170 C sehingga masak. 7. Setelah sejuk bolehlah dipotong dan sedia dihidangkan.
.
JUS BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah naga
1 tin aiskrim soda
5 sudu makan susu pekat manis
1 gelas ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas buah naga dan potong kiub.
2. Masukkan isi buah naga dalam mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
3. Kisar hingga hancur.
4. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan air di dalamnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Setelah enam bulan perjalanan Pertandingan JagOH Rasa BABA’S, jejaka ceria dari Cheras, Kuala Lumpur, Muhammad Qayyum Irwanzi berjaya merangkul gelaran JagOH Rasa BABA’S! yang berlangsung di Symphony Square, Petaling Jaya.
Membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi bersalut emas 24 karat, Qayyum dari zon Sentral dan di bawah team leader, Zulin Aziz, berjaya menambat hati para juri dengan menyediakan menu Korea, Bibimbap Kari Katsu Ayam Bersama Akar Teratai Keemasan BABA’S.
Dicabar oleh pesaing yang tidak kurang hebatnya di mana peserta zon Selatan, Aliff Oslan dari team leader Cik Piah yang memasak Duo Gyoza Kam Heong ini berjaya merangkul tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 5,000.
Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Sharifudin Salleh, zon Selatan juga dari team Cik Piah yang menyediakan Rendang Udang Bunga Kantan Dengan Pulut Kuning BABA’S dengan hadiah wang tunai RM 3,000.
Sementara itu, satu-satunya peserta wanita, Nor Azimah atau Kak Long dari zon Sentral di bawah team Zulin Aziz, menyediakan resipi Sepit Biru Kari Kering Kasih BABA’S berada di tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM1,000.
Pelbagai cabaran yang dihadapi peserta ketika pertandingan akhir JagOH Rasa BABA’S ini. Antaranya dalam cabaran pertama, para peserta perlu menyediakan satu masakan dalam masa 1 jam berdasarkan bahan yang disediakan dalam Black Box.
Fuhh, memang berdebar tau. Keempat-empat peserta memang kena kreatif cipta resipi dalam masa 1 jam sahaja! Bahan-bahan yang ada pula ikan dori, udang, bayam dan tiga produk BABA’S iaitu Tepung Kacang Kuda BABA’S, Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S dan Rempah Sup BABA’S.
Memang kelam kabut semuanya sampaikan Qayyum pun boleh terjatuh lempeng Koreanya! Manakala Aliff dan Sharifudin tenang sahaja. Tapi dalam hati siapalah tahu kan. Kak Long pula, memang hebat sebab sekejap sahaja sudah siap masak!
Memang gamat waktu pertandingan, apatah lagi para peserta diusik pengacara, Sherry Alhadad. Tamat saja cabaran pertama, maka tibalah untuk peserta sediakan ‘signature dish’ masing-masing.
Ketika inilah kehebatan semua peserta terserlah. Macam lipas kudung masing-masing untuk menyediakan masakan yang tersedap dalam masa 1 jam 30 minit!
Walaupun masakan dalam cabaran kedua ini adalah hidangan yang biasa dimasak oleh mereka, namun dugaan tetap hadir. Menariknya, Sharifudin atau mesra dipanggil Cik Din antara peserta yang paling tenang menyediakan masakan.
Sementara itu, Qayyum paling aktif dan beraksi seolah-olah dia berada dalam rancangan masakannya sendiri. Happy mood sungguh Qayyum walaupun dalam keadaan tertekan.
Aliff pula seorang yang teliti dan boleh dikatakan Mr. Perfect. Sebolehnya dia nak menyediakan makanan dan plating sempurna di mata juri.
Para peserta tidak keseorangan pada malam finale kerana ditemani team leader iaitu Cik Piah dan Zulin Aziz. Debaran menanti keputusan bertambah dengan usikan daripada Sherry. Tak kering gusi dibuatnya mengusik Qayyum dan Aliff memandangkan kedua-dua masih single.
Masakan peserta diadili barisan juri iaitu Pengurus Pengurus Perhubungan Halal BABA’S, Puan Nor Shalina Razali, Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo dan juga Editor Pengurusan Rasa, Cik Ida Abdul Aziz.
Hadiah disampaikan Ketua Operasi BABA’S, En K.Siva Subramaniam, Pengurus Perhubungan Halal BABA’S, Puan Nor Shalina Razali, Pengurus Jaminan Kualiti BABA’S, En Hamid Abdul Kader dan Eksekutif Jualan Wilayah BABA’S, En Muhammad Fahmi S. Mohsin.
Tidak dilupakan, sokongan para penaja yang berbesar hati menaja makanan buat team produksi JagOH! Rasa BABA’S iaitu nasi dan lauk kenduri daripada The Kenduri, Nasi Daging Kedah Kahaq, Mee Kolok Sarawak dari Datang Sitok Café.
Misi mencari jagOH RASA BABA’S dimulakan di empat zon berbeza iaitu Utara, Pantai Timur, Selatan dan Sentral. Dan setiap zon ini diwakili barisan team leader Shiha Zikir (Utara), Sharifah Shahirah (Pantai Timur) Feeya Iskandar (Selantan) & Zulin Aziz (Sentral).
Peserta di setiap zon, harus memasak hidangan terbaik mereka dan memenangi hati juri untuk ke peringkat seterusnya. Dari ratusan yang dinilai di setiap zon, hanya 12 peserta yang mara ke peringkat separuh akhir. Untuk ke peringkat akhir, 4 peserta yang layak selepas melalui proses undian awam secara dalam talian.
Turut diumumkan pada malam pertandingan akhir JagOH Rasa BABA’S itu juga ialah pemenang bagi Golden Tiket. Mereka yang bertuah ialah Nursyahirah Bee Mohd Idrus (RM2,000), Nurdiana Lina Khaleda (RM3,000) dan Mazita Mohd Rani (RM5,000).
Tahniah kepada semua pemenang!
DOOL PAJEON BABA’S HAMNIDA
BAHAN-BAHAN:
Serbuk Kari Daging BABA’S Serbuk Kari Daging BABA’S Pedas Serbuk Kari Ikan BABA’S Serbuk Kari Ikan BABA’S Pedas Serbuk Lada Hitam BABA’S Serbuk Lada Sulah BABA’S Serbuk Kunyit BABA’S Telur Lemon Limau Bawang besar | dimayang Bawang putih Bawang India Halia Bungab kantan | dihiris halus Kacang Badam Susu Epal | disagat Lobak putih | disagat Minyak masak Garam Gula
BAHAN BLACK BOX:
Serbuk Kacang Kuda BABA’S Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S Rempah Sup BABA’S Bayam | dihiris kasar Udang Ikan Dory
CARA MEMBUAT SOS:
1. Tumis bawang putih, bawang besar, bawang india dan halia yang dihiris halus. 2. Masukkan Serbuk Kari Daging BABA’S dan Serbuk Kari Daging BABA’S Pedas dan Rempah Sup BABA’S tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan sedikit air. Perahkan sedikit lemon dan limau ke dalam sos. Masukkan sedikit susu. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. 4. Gaul sebati dan masukkan kacang badam yang telah dicincang kasar.
CARA MEMBUAT LEMPENG:
1. Campurkan Tepung Kacang Kuda bersama Serbuk Kari Daging BABA’S, Serbuk Kari Daging BABA’S Pedas, Serbuk Kari Ikan BABA’S, Serbuk Kari Ikan BABA’S Pedas, Serbuk Lada Hitam BABA’S, Serbuk Lada Sulah BABA’S, Serbuk Kunyit BABA’S, Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S dan Rempah Sup BABA’S. 2. Pecahkan telur ke dalam campuran tadi bersama sedikit air. 3. Masukkan sekali bawang besar, daun bayam, isi udang, hirisan ikan dory, epal, lobak merah dan bunga kantan. Gaul sebati. 4. Perasakan dengan sedikit garam, gula serta pecahan jus lemon dan limau. Biarkan adunan diperap seketika. 5. Panaskan pan dengan sedikit minyak dan tuang adunan ke dalam pan, terbalikkan.
*TIP untuk lempeng tidak melekat, pastikan adunan tidak terlalu besar saiznya.
CARA MEMBUAT INTI HIASAN:
1. Perap isi udang serta ikan dory bersama Serbuk Kari Ikan BABA’S, Serbuk Kari Ikan BABA’S Pedas, Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S, Serbuk Lada Hitam BABA’S dan Serbuk Lada Sulah BABA’S. 2. Kisar bersama sedikit telur, garam dan gula. 3. Kemudian masak di atas pan sehingga menjadi seperti telur hancur, taburkan di atas lempeng yang siap dimasak.
DOLSOT BIBIMBAP KARI KATSU AYAM BERSAMA AKAR TERATAI KEEMASAN BABA’S
BAHAN DOLSOT BIBIMBAP:
2 cawan beras Korea Air 100gm tauge 100gm bayam 100gm lobak merah 100gm cili benggala 100gm timun jepun 100gm cendawan shitake 10 ulas bawang putih | dicincang halus 100gm biji bijan yang disangai 1 biji telur Minyak bijan Garam Minyak masak Daun bawang dihiris untuk hiasan
BAHAN KATSU AYAM:
2 keping dada ayam 1 sudu kecil serbuk kari daging BABA’S 1 sudu kecil serbuk lada hitam BABA’S 1 sudu kecil serbuk cili BABA’S 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk pati ayam 200gm tepung goreng ayam pedas 200gm serbuk roti 2 biji telur putih Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SOS KARI KATSU AYAM:
3 sudu besar mentega 1 biji bawang Holland 3 sudu besar Serbuk Kari Daging BABA’S 1 sudu besar Rempah Garam Masala BABA’S 1 sudu kecil Serbuk Cili BABA’S 1 biji kentang Air secukupnya 1 sudu besar sos ikan 1 sudu kecil serbuk pati ayam
BAHAN AKAR TERATAI KEEMASAN BABA’S:
1 batang akar teratai 100gm tepung gandum Air untuk merebus 2 sudu besar mentega 2 sudu kecil serbuk Kari Daging BABA’S 50gm daun kari 2 sudu besar serbuk telur masin ½ sudu kecil lada sulah ½ sudu kecil garam ½ sudu kecil gula
CARA MEMASAK DOLSOT BIBIMBAP:
1. Basuh beras Korea dan bilas. Masak di dalam periuk nasi dengan sukatan air sekali ganda daripada beras. 2. Secara berasingan, tauge dan bayam dibersihkan dan direbus di dalam bekas yang berbeza seketika bersama sedikit garam. Kemudian toskan dan gaul bersama sedikit bawang putih yang telah dipotong halus, minyak bijan dan biji bijan yang telah disangai. Ketepikan kedua-dua bahan. 3. Lobak merah, lada benggala, timun jepun di potong halus dan dicampur bersama garam di dalam bekas yang berbeza. Perapkan seketika. Kemudian goreng kilas seketika bersama sedikit bawang putih dan minyak bijan. Ketepikan. 4. Goreng sebiji telur mata, pastikan kuning telur cair. Ketepikan. 5. Cendawan shitake pula dihiris dan digoreng kilas. Perasakan bersama dengan Serbuk Lada Hitam BABA’S dan garam. Ketepikan. 6. Untuk menghidang, di dalam mangkuk batu, susunkan semua sayuran di atas nasi bersama kari katsu ayam, telur mata dan akar teratai keemasan BABA’S. Taburkan sedikit daun bawang serta biji bijan sebagai hiasan.
CARA MEMASAK KARI KATSU AYAM:
1. Perap dada ayam bersama Serbuk Kari Daging BABA’S, Serbuk Lada Hitam BABA’S, Serbuk Cili BABA’S, garam dan serbuk pati ayam. Perap seketika. 2. Cairkan mentega dan masukkan bawang holland yang telah dihiris sehingga naik bau. 3. Masukkan Serbuk Kari Daging BABA’S, Rempah Garam Masala BABA’S dan Serbuk Cili BABA’S. Kacau sebati. 4. Masukkan sedikit air dan biarkan rempah masak seketika. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu, masukkan air lagi, biarkan kentang masak empuk. 5. Perasakan dengan sos ikan, garam serta serbuk pati ayam. Masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekat kuah. Kacau sebati dan tutup api. 6. Ayam yang telah diperap, dimasukkan ke dalam tepung goreng ayam pedas, kemudian celupkan ke dalam telur putih dan akhir sekali ratakan ke dalam serbuk roti. 7. Goreng ayam sehingga kuning keemasan. Hiriskan ayam dan boleh dihidang di atas nasi bersama sosnya.
CARA MEMASAK AKAR TERATAI KEEMASAN BABA’S:
1. Buang kulit akar teratai dan hiris membulat halus-halus. Rebus akar teratai yang telah dihiris selama 15 minit dan toskannya. 2. Akar teratai dicelupkan ke dalam tepung gandum dan terus digoreng sehingga kuning keemasan. Tos dan ketepikan. 3. Cairkan mentega, tumis Serbuk Kari Daging BABA’S bersama sedikit daun kari. 4. Masukkan serbuk telur masin dan kacau sebati. Perasakan bersama sedikit lada sulah, garam serta gula. 5. Akhir sekali masukkan akar teratai yang telah digoreng dan kacau sehingga sos melekat dengan rata. Sedia untuk dihidang.
Terlepas siaran? Jom tonton siaran Pertandingan JagOH Rasa BABA’S di Youtube & Facebook Majalah RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.