Resipi Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim.

Share

Tak ada idea nak masak menu apa di hari cuti ni? Ni min nak kongsi resipi perkongsian dari saudari Fatin Pauzi. Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim. Nampak sedap! Cara nak masak pun mudah. Apa lagi, jomlah cuba!

 

RESEPI AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – dibersihkan
  • Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
  • Bawang putih – mayang
  • 1 biji cili besar @ cili merah- mayang
  • 3 biji cili padi – mayang
  • 10 tangkai cili kering – potong kecil
  • Daun kari
  • Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
  • Pes asam jawa secukupnya
  • Tepung gandum
  • Telur

CARA MEMASAK:

1. Ayam dipotong ikut saiz yang diingini.

2. Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.

3. Kemudian tumis cili kering bersama daun kari hingga garing.

4. Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah.

5. Seterusnya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram Ikut kuantiti ayam.

6. Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.

7. Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.

8. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang potong besar. Gaul rata hingga sos sebati pada ayam.

9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Fatin Pauzi

 

IKLAN