Pernah cuba sajian Ayam Kukus Kicap? Resipi perkongsian dari saudari Dani J Tang ni nampak sangat mudah dan sedap. Memang senang sahaja cara memasaknya. Bagi anda yang sukakan lauk pauk yang lebih sihat, resipi ini tentunya boleh dicuba. Sesuaikan sahaja dengan cita rasa. Anda pasti makan dengan penuh selera.
CARA MASAK AYAM KUKUS KICAP, MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN (kuantiti bahan ikut jumlah ayam yang digunakan):
1. Cuci bersih ayam dan buang tulangnya. Toskan. 2. Hiris halia dan bawang putih. 3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia sampai naik bau dan keperangan. Angkat dan ketepikan. 4. Masukkan ayam tadi ke dalam minyak tumisan tadi. Biar dalam 1-2 minit. 5. Kemudian terbalikkan ayam, masak sisi satu lagi selama 1-2 minit biar masak sempurna. Guna api besar, tutup penutup kerana ayam akan meletup-letup. Jangan masak lama nanti ayam hangus.
Ads
NOTA: nak terus kukus ayam pun boleh, tapi empunya resipi suka masak seketika sebab suka aroma tumis.
4. Sediakan mangkuk, masukkan garam, kicap manis, sos tiram (jika suka), minyak bijan, lada hitam dan chicken seasoning.
5. Kacau sebati dan perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Nak letak sedikit kicap masin pun boleh. Sesuaikan ikut selera. 6. Panaskan air kukusan, kukus ayam sehingga masak. 7. Bila ayam sudah masak, angkat dan hiris ayam menjadi kepingan.
8. Tuang sedikit kicap manis diatasnya. 9. Hiris cili padi dan limau kasturi kemudian tabur atas ayam. 10. Ayam Kukus Kicap sedia untuk dinikmati.
Bila tiba waktu makan tengahari, pasti ada ibu-ibu yang pening memikirkan menu lauk yang mahu dimasak. Walaupun memang setiap hari menyediakan sajian di dapur, pasti akan ada harinya dimana tiba-tiba jadi buntu.
Jangan risau, saudari Widiati Sulaiman; pemilik Restoran Nasi Lemak Kak Ros, Shah Alam bermurah hati berkongsi seleksi resipi lauk pauk yang sesuai disajikan buat keluarga setiap hari. Semuanya sangat mudah disediakan dan enak-enak belaka. Paling penting, semuanya ‘homemade’, bersih dan tentunya halal. Selamat mencuba!
1. GULAI KUNING IKAN MASIN BERSAMA HIRISAN TIMUN & KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN: 10 biji cili padi (*) 1 ulas bawang merah (*) 1 batang serai 2 cm kunyit (*) 3 keping ikan masin talang – rendam seketika dalam air panas 1/2 biji nanas – hiris kecil 250ml santan 150ml air Garam secukup rasa 1 biji timun – hiris 5 tangkai kacang panjang – hiris
CARA MEMASAK: 1.Rebus kepingan nanas hingga layu. Ketepikan. 2. Kisar bahan bertanda (*) hingga halus. 3. Didihkan bahan kisar bersama nanas. Masukkan serai. 4. Setelah mendidih, masukkan kepingan ikan masin diikuti dengan santan dan air. 5. Biarkan mendidih sambil dikacau. 6. Masukkan hirisan timun dan juga kacang panjang. Masak lagi hingga sayur lembut. 7. Rasa kuah gulai dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam. 8. Sedia untuk dihidangkan.
2. SEMUR AYAM
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam – potong kecil 4 batang serai 200ml kicap manis 150ml santan 2 biji bawang besar – kisar 4cm halia – kisar 3 ulas bawang putih – kisar 2 biji cili merah 1 sudu kecil asam jawa adabi 1/2 sudu kecil gula 1 sudu kecil garam Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR KERING: 2 sudu makan jintan manis 2 sudu makan jintan putih 1 sudu makan ketumbar 1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan goreng terlebih dahulu. Ketepikan. 2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. 3. Kemudian masukkan bahan kisar kering bersama dengan serai. Tumis hingga kekuningan. 4. Masukkan kicap diikuti dengan santan. Sebatikan. 5. Perasakan dengan gula, garam dan asam jawa dengan secukupnya. 6. Setelah mendidih, masukkan ayam dan kacau sebati. 7. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.
3. TERUNG BILIS GORENG SAMBAL
BAHAN-BAHAN: 3 biji terung – potong kecil 8 biji cili merah – kisar 5 biji cili padi – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 2 biji bawang merah – hiris halus 3 biji tomato – potong dadu Segenggam ikan bilis 1 sudu makan gula 1 sudu kecil garam Sedikit perisa makanan Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng terung cukup sekadar kulit terung bertukar warna. Angkat dan toskan. 2. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak tadi tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar. 4. Tumis bahan kisar hingga agak kering. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 5. Masukkan hirisan tomato dan bawang. Gaul sebati. 6. Setelah sambal mendidih dan cukup rasa, masukkan terung dan juga bilis. Padamkan api dan gaul hingga sebati. 7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
BAHAN-BAHAN: 1kg daging tetel – hiris 200gm cili kisar 4cm halia – kisar 2cm kunyit hidup – kisar 2 ulas bawang putih – kisar 2 biji bawang besar – kisar 2 sudu besar asam jawa Sedikit minyak untuk menumis 2 sudu gula 1 sudu garam 1 sudu serbuk perasa 3 helai daun limau purut 2 cawan air rebusan daging
CARA MEMASAK: 1.Rebus daging tetel sehingga empuk. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak. 3. Masukkan asam jawa. Biar mendidih seketika kemudian masukkan daging tetel yang telah direbus tadi bersama air rebusan daging. Sebatikan. 4. Perasakan kuah asam pedas dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. 5. Bila kuah asam pedas sudah menggelegak. masukkan daun limau purut. 6. Tutup api sedia dihidang segera.
5. MASAK LEMAK PUTIH PETOLA BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN: 1 biji petola – potong kecil 1/2 biji labu – potong dadu 1 ulas bawang merah – hiris Segenggam udang basah (udang putih) 1 helai daun kunyit 1 batang serai 250ml santan 100ml air
CARA MEMASAK: 1.Satukan hirisan bawang merah, air, udang dan labu di dalam periuk. 2. Didihkan air dan masak seketika hingga labu lembut. 3. Kemudian masukkan petola dan santan. Biar mendidih seketika kemduian masukkan daun kunyit. 4. Setelah sayur lembut, tutup api sedia untuk dihidang.
6. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging -direbus & hiris nipis 1 biji bawang holland 3 biji cili padi – hiris 5cm halia – hiris nipis 2 ulas bawang putih – hiris nipis 2 sudu makan sos tiram 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk perisa Minyak untuk menggoreng 1 biji lada benggala – hiris
CARA MEMASAK: 1.Goreng daging sehingga separuh masak. 2. Masukkan hirisan halia dan bawang putih. Gaul sebati bersama daging hingga setengah layu. 3. Seterusnya masukkan sos tiram, garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul sebati. Jika terlalu kering, boleh tambah sedikit sahaja air. 4. Akhir sekali masukkan hirisan cili padi, lada benggala dan bawang holland. Masak hingga layu. 5. Daging Goreng Halia sedia untuk dihidangkan.
Anak-anak suka sangat beli jajan tak berkhasiat asal pergi kedai automatik dah ada dekat kaunter bayaran. Bagi ibu bapa yang mementingkan kesihatan untk anak-anak, bahkan untuk diri sendiri juga, apa kata cuba jajan homemade ni hanya menggunakan laksa untuk digantikan dengan jajan yang tak berkhasiat tu…
Anak-anak penggemar Twisties?, tak perlu risau lagi hanya dengan 1 bungkus laksa boleh dapat 2 balang, puas anak dan ayah makan sambil tengok tv..
Bahan-bahan:
Laksa beras yang telah dikeringkan.
Boleh beli laksa kat kedai, buat sendiri kemudian keringkan laksa tu, jemur sampai kering.
Atau.
Beli laksa segera kat kedai. Boleh terus goreng.
Goreng sampai garing.
Tips mengoreng.
Guna api sederhana.
Goreng macam kita goreng ikan bilis, dah tak ada letup kecil dan minyak cam senyap dalam kuali tu tanda dah masak.
Dah masak, ikut kreativiti masing-masing. Ada orang suka makan kosong macam tu saja. Rasa lemak lemak gitu. No sugar added. Kami kurangkan gula semaksima mungkin.
Yang kosong macam ni pun jadi gula juga bila makan.
Jom belajar buat meatball homemade. Ramai yang puji ‘meatball’ Ikea memang sedap terutamanya sos dan bebola dagingnya yang bersaiz besar. Sebenarnya tak susah sangat pun hendak buat hidangan ini. Boleh cuba resepi perkongsian PuanTahrunnisah Jali. Katanya resepi ini asalnya dari Kak Sue Norrman yang kini menetap di Sweden. Resepi ini adalah resepi asli Swedish dari mak mertua beliau yang diubah ikut citarasa.
CARA HASILKAN MEATBALL HOMEMADE & SOS SWEDISH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kisar
1/2 biji bawang besar – cincang halus (*)
1 sudu makan mentega (*)
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sudu teh gula
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu makan serbuk roti – kisar halus
30ml susu segar
1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak, boleh masukkan.
CARA MEMASAK:
Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan. Masuk bawang yang ditumis tadi. Uli lagi hingga sebati dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
3. Dengan menggunakan non-stik pan, masukkan sedikit mentega dan masukkan bebola daging tadi.
4. Masak menggunakan api sederhana dan tutup kuali supaya bebola daging masak. Balik-balikkan sekejap hingga garing.
Nota: Lebihan mentega di dalam kuali jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk menyediakan sos.
BAHAN SOS:
Lebihan mentega yang digunakan untuk menggoreng bebola daging.
2 cawan stok ayam / air rebusan ayam
2 cawan whipping krim
1 sudu makan kicap cair
1 ketul kiub ayam
Sedikit serbuk lada hitam
1/2- 1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit untuk memekatkan sos.
Garam dan gula jika perlu- tambahan kalau kurang rasa.
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali whipping creamdan bancuhan tepung kentang.
Didihkan danapabila rasa dah cukup, masukkan whipping cream. Didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sedikit demi sedikit namun jangan terlalu pekat.
Hidangkan sos bersama bebola daging, lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan ‘mix fruits’
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.