Sedapnya Ayam Kam Heong ni. Kalau makan di restoran, mahal juga. Tak puas makan. Jadi hari ni RASA nak kongsi resipi perkongsian dari Dani Shoppe’s yang anda boleh try masak di rumah. Selain ayam, menu ni juga boleh menggunakan udang atau lala. Hmmm…bestnya! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Rata-rata menyukai masakan Thai dan sesuai dengan tekak orang Malaysia. Gabungan rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Kalau dah suka sangat dengan menu Thai, boleh cuba resipi mudah buat dan gerenti sedap.
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
250ml santan pekat
250ml air
6 biji terung kampung | belah dua
1 biji bawang besar | kisar
4 biji bawang putih | kisar
3cm lengkuas | hiris dan kisar
3cm kunyit | hiris dan kisar
6 tangkai cili padi hijau | kisar
2 batang serai | hiris halus dan kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI
2 helai daun limau purut | carik
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya.
Kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat.
Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api.
Siap untuk dihidangkan.
SALAD AYAM THAI
BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi dada ayam
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh sos Thai
300gm daun kubis | hiris halus
2 batang lobak merah | hiris halus
1 batang timun | hiris halus
3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
250gm kacang tanah goreng
1 biji cili merah | potong halus
4 biji cili padi |potong halus
1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar |potong kasar
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan mentega kacang
3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jusnya
3 sudu teh cuka
4 sudu teh gula pasir
4 biji bawang putih | cincang
2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit.
Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati.
Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan.
AYAM HALIA THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
5cm halia |hiris halus dan memanjang
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
4 biji cili padi | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh cuka atau secukup rasa
60ml air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi.
Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.
Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar.
Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
ADA YANG INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI
Pelbagai menu berasaskan ayam yang enak dan menjadi kesukaan ramai. Sering makan ayam yang bertumis atau bergoreng, jom kita masak ayam secara sihat dengan resipi Ginger Scalion Chicken yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan.Resipi yang lebih ringkas dan sihat.
Ginger Scalion Chicken
Bahan-bahan:
(3 orang makan)
½ ekor ayam
3 tangkai daun bawang
3 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil kicap cair
Cara memasak:
1.Halia disagat. Nak kisar pun boleh. Daun bawang dipotong halus. Bawang putih, dicincang halus.
2.Halia yang dah disagat dan daun bawang yang dah dipotong halus. Nampak ringkas ramuannya. tapi jangan risau, pasti sedap.
3.Mula-mula, goreng bawang putih sampai harum dan keperangan. Jangan lama sangat, sebab lepas angkat, dia masih bertukar warna.
Tadi masa angkat, ia perang pucat. Bila dah tos dan sejukkan dia jadi warna keemasan. Simpan dahulu bawang putih keemasan ni.
Kurangkan minyak dalam kuali. Sekarang, tumis halia dan daun bawang. Tak payah tumis lama sangat. Sampai aroma naik.
6.Letak semangkuk air. Lepas ni , reneh ayam dalam kuali ni.
Masukkan ayam. Orang cina biasa stim ayam ni. Mereka tak masukkan terus dalam kuali. Saya malas nak stim dahulu, jadi kita reneh sahaja ayam dalam kuali.
8.OK ni bahan tak wajib, iaitu kicap cair. Saya letak sedikit. Kalau tak nak letak, cuma gantikan dengan garam. Reneh sampai ayam masak dan air tersejat.
Hidang dalam pinggan, tabur bawang goreng dan daun bawang. Titis sikit minyak bijan. Rasa dia menyegarkan, sedap dimakan dengan nasi ayam. Memang sihat.