Resipi Ayam Balado Padang Istimewa Buat Penggemar Lauk Pedas.

Share

Masakan bercili memang sedap terutamanya jika makan dengan nasi panas-panas. Lagi pedas, lagi laju suap ke mulut. Kata orang, bertambah selera. Kalau anda memang peminat masakan pedas, menu bercili ini memang kena cuba.

 

 AYAM BALADO PADANG

 

 

BAHAN-BAHAN A:

500ml air

1 ekor ayam | potong kecil

2 helai daun salam

2 batang serai | dititik

3cm lengkuas | diketuk

 

BAHAN-BAHAN B (KISAR):

8 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

4 biji buah keras

1 sudu makan ketumbar

3cm halia

1 sudu teh garam

 

BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):

6 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

10 biji cili merah

1 biji tomato

3 sudu makan air asam

1 sudu teh gula

½ sudu teh garam

Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.

2. Angkat ayam dari periuk.

3. Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan.  Toskan. Ketepikan.

4. Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati.  Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya.

5. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.  

6. Sedia dihidangkan.


INFO CHEF : Boleh tambah cili padi jika mahu lebih pedas.

IKLAN