Resipi Ayam Bakar Mayones perkongsian dari saudari Dani J Tangni nampak sangat mudah dan sedap. Memang senang sahaja cara pembuatannya. Pasti jadi kegemaran anak-anak. Maklumlah lauk berasaskan ayam ni budak-budak memang suka. Ada pula kentang yang disadur dengan mentega, emping cili dan oregano. Lagilah bertambah sedap. Jomlah cuba. Anda pasti kagum dengan keenakannya.
CARA MASAK AYAM BAKAR MAYONES SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam – cuci bersih & toskan
BAHAN A (tumbuk halus): 1 biji bawang merah besar – beli online disini 4 ulas bawang putih – beli online disini (jika suka, boleh juga letak halia & serai)
CARA MEMASAK: 1.Sediakan bekas, campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Semalaman pun elok. 2. Bakar ayam dalam ketuhar pada suhu 200C menggunakan api atas bawah selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar sehingga masak. (empunya resipi terbalikkan ayam supaya api atas boleh bakar kedua belah sisi ayam.)
3. Untuk kentang, kupas, potong dan rebus. 4. Bila sudah empuk, tos air kemudian ambil sedikit mentega, emping cili dan oregano. Kemudian gaul rata. Gaul perlahan untuk elak kentang hancur. 5. Hidangkan ayam bersama kentang tadi.
Ads
NOTA: Suhu dan masa memasak mungkin berbeza. Pastikan anda kenal suhu ketuhar masing-masing supaya ayam tidak hangus.
Kalau dalam peti sejuk ada daging, boleh cuba resipi meatball homemade ni. Memang sangat mudah dan sedap macam yang puan-puan beli readymade tu. Nanti bolehlah guna untuk buat bakso atau meatball ala restoran terkenal. Malah buat sendiri ni lebih bersih & jimat. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi perkongsian saudari Hidayah Fareez ni.
BEBOLA DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg daging cincang – boleh guna 1 kg daging pejal dan cincang halus
5 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
1 sudu teh lada sulah
1 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
5 sudu makan tepung ubi
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan diatas sehingga sebati dan menjadi doh.
2. Cubit adunan doh dan bulatkan mengikut saiz yang anda gemari. Lakukan hingga habis.
3. Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola tadi. Biar hingga masak.
4. Setelah bebola timbul dan terapung di permukaan air, ia menandakan bebola daging telah masak. Angkat dan toskan.
5. Bebola daging sedia untuk dimasak ikut citarasa anda. Boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Di musim cuti sekolah begini, sesuai sangatlah jika anda mencuba aneka resipi ayam panggang yang bukan sahaja enak malah menyihatkan. Nak makan dengan nasi atau aneka hidangan sampingan lain pun sedap! Anak-anak pasti suka. Jangan lupa cuba ya.
1. AYAM PANGGANG ROSEMARY
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
Garam secukup rasa
Bahan Perapan:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam |ditumbuk kasar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan madu
2 tangkai rosemary | diambil daunnya
Serbuk paprika secukupnya
BAHAN SOS:
1 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
1 tangkai daun rosemary
1 liter sos perang
2 sudu besar minyak zaitun
Roux (cairkan 2 sudu makan mentega, gaulkan dengan sedikit tepung sehingga pekat, masak selama 3 minit).
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan lumurkan dengan garam serta bahan perapan. Perap selama 2 jam.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 60 minit atau sehingga ayam kelihatan masak.
Untuk menghasilkan sos, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang merah bersama bawang putih hingga layu.
Kemudian masukkan daun rosemary dan masak sehingga wangi.
Akhir sekali, masukkan sos perang diikuti roux untuk memekatkan sos. Sedia untuk dinikmati bersama ayam panggang.
Info chef: Waktu memanggang mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar yang anda gunakan. Selalu perhatikan kondisi ayam agar ia tidak hangus.
2. AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm ayam | dibersihkan
BAHAN PERAPAN:
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 tangkai daun thymes
1 tangkai rosemary
Sedikit oregano
1sudu teh serbuk paprika
3 sudu makan madu
1 biji jus lemon
Garam secukup rasa
BAHAN SOS MADU LEMON:
3 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan madu
1 biji jus lemon
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang 1/2 hari.
Panggang ayam dengan api yang perlahan lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan dan jadikan seperti vinaigrette.
Hidangkan bersama ayam panggang madu tadi.
Info chef: Sebaiknya guna ayam bahagian paha kerana ia cepat masak dan lebih berjus.
3. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam |bahagian paha
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 inci halia
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
Sedia dinikmati.
4. AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong dadu
2 biji kentang | belah empat
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
1 biji bawang Holland | potong dadu besar
2 tangkai daun rosmarry segar
1 sudu teh serbuk Thyme
1 sudu teh emping cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lembon | jus sahaja
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan ayam,kentang, bawang Holland, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
Perap lebih kurang 15 minit dalam peti sejuk.
Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
Keluarkan dari ketuhar, dan sedia dihidangkan panas-panas.
5. AYAM BARBEQUE MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | saiz sederhana | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia muda | kisar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan madu
1 sudu makan kucap pekat manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madau, kicap pekat manis dan garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
Masukkan dalam bekas dan perapkan satu malam dan simpan dalam peti ais.
Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.
6. AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana
1 batang seleri |potong empat
1 sudu teh herba thyme
1 sudu teh rosemary
1 biji bawang besar |belah dua
Beberapa tangkai daun parsli
1 helai daun bay
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos Lea & Perrins
4 ulas bawang putih |tumbuk halus
1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
5.Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
Info chef: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau tercari-cari menu untuk minum petang, boleh cuba buat resipi ini.
Resipi tanpa serbuk penaik perkongsian daripada seorang chef, namun diolah oleh Dani J Tang.
Sangat sesuai untuk orang yang tak simpan penaik sebab jarang baking. Tapi kalau takut kek tak jadi, boleh je nak letak penaik 1 sudu kecil.
RESIPI PEACH BUTTERCAKE
BAHAN-BAHAN:
250g mentega (majerin dalam resipi asal) – beli online di sini 220g gula castor (saya guna 200g, sesuai selera) – beli online di sini 250g tepung gandum | diayak – beli online di sini 4 biji telur 70ml susu segar 1 sudu kecil air lemon @ cuka 1 penutup esen vanilla (saya guna french V)
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar ikut kesesuaian atau AF masing-masing ye. Saya guna ketuhar industri, suhu atas bawah 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu 130C selama 20 minit lagi. 2. Sukat susu kemudian masukkan perahan lemon @ cuka, biar selama 10 minit. Ketepikan (resepi asal hanya guna susu sahaja ya. Saya olah masukkan lemon @ cuka).
3. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang gebu. Jangan lupa kaup tepi-tepi bekas. 4. Masukkan esen vanilla, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji (masukkan sebiji, pukul sehingga rata, ulang seterusnya sampai habis 4 biji telur) 5. Masukkan tepung separuh dahulu, kaup balik/pukul sebati, kemudian masukkan susu, sebatikan dan masukkan baki tepung. Kaup balik @ pukul sehingga rata. Jangan terlebih pukul ye.
6. Masukkan dalam loyang saiz 8 atau boleh guna aluminium cup atau muffin pan/cup. 7. Boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing nak letak buah atau nak warnakan atau dibiar kosong je. 8. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.