Jom buat Apam Susu yang sangat gebu dan enak ini. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.
Nampak cantik dan gebu kan Apam Susu ni? Selain corak tembikai begini, boleh sahaja buat corak lain mengikut kreativiti masing-masing. Kalau tak cukup masa, buat satu warna sahaja pun boleh tau.
Nak cuba? Saudari Zuraita Mohd Anua ada kongsikan cara-caranya yang beliau cuba dari resipi perkongsian saudari Izzafaiqainaa Mohd Nor.
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan A kemudian pukul guna mixer pada kelajuan tinggi sampai kembang. Anggaran dalam 5-7 minit.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan B yang telah diayak. Pukul lagi hingga sebati.
3. Perlahankan mixer kepada low speed. Masukkan bahan-bahan C iaitu susu pekat manis, minyak masak dan susu cair. Pukul lagi.
4. Bila campuran sudah sebati, berhentikan mixer.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kemudian warnakn mengikut kreativiti masing-masing.
6.Ambil acuan dan sapu marjerin atau minyak. Tuang adunan apam tadi mengikut kreativiti sendiri.
7.Kukus adunan selama 40 minit menggunakan api sederhana atau kukus hingga masak.
8. Angkat, telungkupkan apam dengan perlahan-lahan untuk mengeluarkannya dari aduan. Apam Susu sedia untuk dinikmati.
Ads
Petua: Selain sapu minyak atau marjerin, boleh juga tabur sedikit tepung pada acuan yang telah dioles tadi. Ia bertujuan supaya adunan tidak melekat di loyang.
Teringin Kuih Sagu yang lembut kenyal dan manis lemak rasanya ini. Buat saja sendiri kerana ini adalah kuih paling mudah membuatnya dan kos juga sangat murah. Kalau anda teringin dan belum pernah buat. Anda boleh cuba resipi yang RASA kongsikan ini. Percayalah sangat mudah menyediakannya.
KUIH SAGU BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan sagu mata ikan | Rendam dengan pewarna merah rose 1 1/2 jam
5 sudu makan gula pasir
Kelapa parut | putih sahaja & gaul dengan sedikit garam halus
CARA MEMBUAT:
1. Toskan sagu yang telah direndam tadi.
2. Masukkan dalam bekas dan gaul bersama gula.
3. Sudukan dalam acuan hingga sagu habis.
4. Kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan selama 25-30 minit.
5. Angkat dan sejukkan, kemudian keluarkan dari acua.
6. Gaulkannya dalam kelapa yang telah digaul dengan secubit garam dan telah dikukus sekejap untuk elakkannya dari cepat basi.
7. Sedia dihidangkan.
Bagi mereka yang mudah mendapat alergi , telur adalah satu ramuan makanan yang patut dielakkan. Terdapat banyak koleksi menu kuih muih tradisi yang tidak mengandungi telur. Jadi sesuai sangat bagi mereka yang alergi.
Dahlah sedap kosnya pula sangat menjimatkan. Boleh jamu famili sampai puas dan kenyang. Jom semak resipi dari Chef Fame Taufiq Fakarudin dari UOW Malaysia KDU University College
1. PULUT DAKAP @ PULUT PISANG
BAHAN-BAHAN :
400gm beras pulut | direndam selama sejam bersama beberapa titik pewarna
250gm santan pekat
50gm gula
15gm garam
5 biji pisang raja @ secukupnya
Daun pisang secukupnya | dilayur
Beberapa helai tali untuk mengikat
Beberapa titik pewarna jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air didalam periuk kukus 2. Keringkan beras pulut yang telah direndam. 3. Letakkan di atas dulang yang dilapik daun pisang dan kukus pulut selama 25-35 minit, separuh atau 3/4 masak 4. Keluarkan pulut yang dikukus dan gaulkan santan, gula dan garam sebati 5. Layukan daun pisang untuk dibuat pembalut 6. Kupas kulit buah pisang dan belah 2 pisang secara melintang/memanjang 7. Letak sebanyak 120gm pulut tadi ditengak daun pisang secara melintang,ratakan. 8. Letakkan buah pisang yang dipotong di tengah tengah pulut. 9. Lipat 2 daun pisang tapi pastikan pulut membalut buah pisang 10. Gulungkan daun pisang, pastikan pulut dan buah pisang berada ditengah 11. Lipatkan kiri dan kanan daun pisang tadi dan pastikan balutan tadi kemas dan padat 12. Ambil 2 biji kuih yang telah dibalut tadi dan satukan kuih tadi, atas dan bawah 13. Ikat keliling 2 kuih dengan tali untuk dijadikan satu,pastikan ikatan kuat dan kemas 14. Letakkan di atas dulang dan kukuskan selama 10-15 minit 15. Keluarkan dari pengukus dan sedia untuk dihidang
Saiz Hidangan : 10 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Gandingan rasa lemak pulut dan pisang yang manis Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Elok pilih pisang raja sebab tak mudah lembik macam jenis pisang lain.
2. KACANG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Bahan inti kacang hijau:
250gm kacang hijau | direbus empuk
150gm kelapa parut
180gm gula
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan bancuhan tepung:
200gm tepung gandum
100gm tepung beras
5gm garam
5gm gula
2gm serbuk kunyit
50ml air kapur
300ml air
CARA MEMASAK:
Cara masak inti : 1. Gaulkan kacan hijau bersama kelapa parut, gula dan garam sehingga sebati 2. Kepalkan adunan tadi sebesar bola gof dan tekan setebal 10mm
Cara memasak kuih kasturi: 1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam balang pengisar, kisar sehingga sebati. 2. Panaskan minyak di dalam kuali 3. Celupkan kepalan kacang hijau tadi ke dalam adunan tepung 4. Goreng sehingga kuning keemasan 5. Sedia dihidangkan
Saiz Hidangan : 10 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Gandingan rasa lemak pulut dan pisang yang manis Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Ada yang panggil kuih kasturi, kuih kacang hijau atau kuih rengas tapi cara memasaknya sama sahaja. Rasa inti kacang hijau berkrim dan bancuhan tepung diluar merangupkan kuih ini.
3. APAM ENO BERAS
BAHAN-BAHAN
Bahan Apam:
400gm tepung beras
200gm nasi sejuk
500ml air
10gm yis kering
60gm gula
Garam secukup rasa
1 paket ENO
Beberapa titik pewarna
Bahan kelapa parut :
2 biji kelapa parut | ambil yang putih sahaja
Garam secukup rasa *Gaulkan
CARA MEMASAK:
1. Campurkan nasi, gula, air dan yis ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus 2. Tuangkan ke dalam bekas tepung beras dan gaul sehingga sebati 3. Perap adunan tadi selama 2-3 jam di dalam bekas yang tertutup. 4. Campurkann ENO kedalam adunan dan bahagikan kepada dua adunan 5. Campurkan satu adunan pewarna merah 6. Masukkan adunan merah kedalam acuan yang disapukan sedikit minyak dan paipkan adunan putih keatas/ke dalam adunan merah 7. Kukus selama 10-15minit 8. Sedia untuk dihidangkan dan taburkan kelapa parut pada apam yang telah dimasak
Saiz Hidangan : 12 orang Waktu memasak : 5 jam 20 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Eno dan tapai menjadikan tekstur apam gebu dan lembut lagi enak Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Kukus sekejap kelapa parut agar tahan lama dan tak cepat basi.
4. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN :
Bahan Inti :
200gm daging | dikisar
60gm serbuk kari
60ml air
50gm bawang putih | dicincang
120gm bawang besar | dipotong dadu kecil
20ml minyak masak
Garam dan lada sulah secukupnya
5gm gula
Bahan hiasan :
100gm cili Merah
50gm bawang goreng
50gm daun bawang
50gm daun sup
Bahan adunan kuih cara :
200gm tepung gandum
450ml santan cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak inti: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga kekuningan 2. Masukkan rempah kari yang dicampurkan air dan masak sehingga pecah minyak 3. Masukkan daging bersama lada sulah dan kacau sehingga air kering 4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cara masak kuih : 1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam balang pengisar, kisar sehingga sebati. 2. Panaskan loyang dan sapu sedikit minyak, tuang adunan ke dalam acuan 3. Sudukan inti ke atas adunan tadi, kemudian taburkan bahan hiasan di atas inti 4. Tutup Loyang dengan penutup 5. Masak selama 4-5minit diatas api yang perlahan 6. Cungkilkan kuih cara yang telah masak dan hidangkan apabila sejuk
Saiz Hidangan : 10 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Inti daging menjadikan ia kuih yang mengenyangkan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Boleh juga menggantikan daging dengan ayam atau tuna. Tapi daging pilihan yang paling sedap.
5. KUIH JONGKONG
BAHAN-BAHAN :
Bahan hijau manis :
200gm tepung beras
600gm santan cair
25gm gula
30gm garam
10 helai daun pandan
150gm gula kabung/Melaka, dihiris halus
Bahan putih pekat :
200gm santan pekat
30gm tepung jagung
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membalut | potong sebesar 2 inci
CARA MEMASAK :
1. Kisarkan santan cair bersama daun pandan, tapis 2. Di dalam pengisar yang sama, kiraskan tepung beras, gula, garam dan santan pandan sehingga sebati 3. Tuang kedalam periuk 4. Kacau dan masak adunan tadi di atas api yang sederhana sehingga pekat 5. Di dalam periuk yang berasingan, kacau dan masak santan pekat bersama tepung jagung dan garam diatas api yang sederhana sehinggan pekat. 6. Potong daun pisang dan layurkan di atas api 7. Letak 1 1/2 sudu besar adunan pekat yang berwarna hijau di tengah tengah daun pisang 8. Taburkan hirisan halus gula Melaka ditengah adunan hijau tadi, sudukan 1 sudu besar adunan hijau untuk menutupi gula Melaka tadi 9. Sudukan pula satu sudu besar adunan pekat putih ke atas adunan hijau tadi 10. Lipatkan daun pisang keatas, pastikan adunan tadi berada di tengah-tengah daun pisang 11. Sekarang lipat bahagian tepi kiri dan kanan daun pisang ke tengah, kemaskan lipat tersebut 12. Dengan mengunakan pencungkil gigi atau lidi buluh yang dipotong pendek, cucuk daun pisang tadi dibahagian atas daun pisang supaya tidak terbuka 13. Panaskan air di dalam periuk kukus 14. Kukus selama 10-15 minit 15. Keluarkan dari pengukus dan sedia untuk dihidang
Saiz Hidangan : 12 orang Waktu memasak : Sejam Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kuih tradisional lama yang lemak manis Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Anda boleh juga mencampurkan sedikit tepung ubi kayu ke dalam adunan kuih.
RESIPI : CHEF FAME TAUFIQ FAKARUDIN TERIMA KASIH:UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shan Alam, Selangor
Comel Roti Jala Tembikai dan Lobak Merah ni. Idea perkongsian saudari Nor Fatihahini memang sangat kreatif. Dari bancuhan roti jala biasa, anda boleh hasilkan roti jala berbentuk comel begini. Memang menarik. Nak makan pun terasa sayang. Sesuai juga dijadikan hantaran atau buah tangan. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...