Resipi Air Asam Yang Gerenti Sedap

Share

Ada kala, membuat air asam untuk dimakan dengan ikan bakar, tidak menjadi. Sama ada terlalu pedas mahupun terlalu masam. Apatah lagi jika rasanya tak kick disebabkan terlalu banyak bawang.

Jom RASA kongsikan resipi air asam yang gerenti sedap dan tidak mengecewakan.

AIR ASAM

BAHAN TUMBUK
2 inci belacan
4 tangkai cili padi
1/2 labu bawang besar

CARA MEMBUAT BAHAN TUMBUK
1. Bakar belacan.
2. Sementara itu basuk cili padi dan bawang besar.
3. Tumbuk cili padi dan bawang besar.
4. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.

BAHAN LAIN
4 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kerisik
2 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIRIS


1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
2 biji bawang merah kecil
1 biji tomato (dipotong dadu)

CARA MEMBUAT

1. Masukkan BAHAN TUMBUK ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, kicap manis, kerisik dan BAHAN HIRIS
3. Perahkan limau kasturi.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yang diingini.

Ulam sedap dicecah bersama air asam.

Selamat mencuba!

Sumber: Dapur Syira Lokman

IKLAN