Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah Sedap Menyegarkan Tekak

Share

Resipi agar-agar lumut gula merah ini memang sedap dan menyegarkan tekak bila memakannya. Bayangkan, dah seharian berpuas.

Tentu sejuk rasa bila makan agar-agar yang sedap manis ini kan? Boleh ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Tengku RosElyza Raja Muhammad ini ye. Selamat mencuba.

Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah

Bahan-Bahan:

18 gram agar-agar tali (guna je sepaket tu) – boleh beli online di sini

1250ml air

1sudu kecil Esen vanilla – boleh beli online di sini

1biji telur

2 sudu makan gula putih (boleh kurangkan jadi 1 sudu jika tak nak manis) – boleh beli online di sini

1 kotak santan – boleh beli online di sini

1cawan gula merah – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Didihkan air, masukkan agar-agar tali. Biar ia hancur dalam tu.

Seterusnya masukkan gula merah, gula putih dan esen vanilla. Masak sehingga mendidih.

Dalam bekas lain satukan santan dan telur, kacau-kacau, lepas tu tuang dalam periuk. Masak ia dalam 5 minit dengan api perlahan.

Selepas itu kuatkan api bagi ia naik buih dan terus tutup api dan tuang ke dalam loyang. Sejukkan dan boleh dipotong.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN