Resipi 2 In 1, Guna Kentang Hasilkan Kudapan Jejari & Bebola Sedap

Share

Resipi jejari dan bebola kentang yang cukup mudah dan ringkas, itu yang paling mak-mak suka kan. Bila musim cuti sekolah ni, anak-anak pasti asyik nak mengunyah je.

Untuk mak-mak yang ada kentang di rumah, buat je kudapan enak ini hasil resipi daripada Shai Anne Ahemed. Walaupun nampak ringkas tapi sangat sedap.

 

JEJARI & BEBOLA KENTANG

BAHAN-BAHAN:

7 biji kentang – beli online di sini
9 sudu besar tepung jagung – beli online di sini


3 sudu besar tepung beras – beli online di sini
Serbuk oregano – beli online di sini
Lada sulah
Garam & gula
Daun bawang/daun ketumbar | dihiris halus
Cheese mozarela (untuk bebola)

TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live

TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Kentang direbus atau kukus terlebih dahulu. Kemudian, toskan.


2. Bila kentang dah sejuk, hancurkan atau lenyek-lenyekkan.
3. Kemudian, masukkan daun bawang/daun ketumbar yang sudah dihiris halus, tepung beras, tepung jagung, serbuk oregano, lada sulah, garam dan gula.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Gaul-gaulkan sehingga semuanya sebati. Bahagikan kepada 2 iaitu untuk buat bebola dan juga jejari.


5. Untuk buat jejari kentang, alaskan plastik di atas papan pencanai dan letakkan adunan. Tutup dengan plastik dan canai mengikut ketebalan yang diinginkan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


6. Kemudian, potong mengikut ukuran atau saiz jejari yang diinginkan. Manakala untuk bebola pula, ambil sedikit adunan dan letakkan cheese mozarela yang sudah dipotong dadu.
7. Gentelkan sehingga menjadi bentuk bebola.


8. Untuk menggoreng bebola, mula-mula celup tepung jagung atau tepung gandum. Kemudian. Celup telur dan akhir sekali celup bread crumbs (tepung jagung/tepung gandum – telur – bread crumbs).

Kredit resipi: Shai Anne Ahemed

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN