Resepi Sambal Paru Crispy. Krup Krap Krup Krap Rangup, Sedapnya!

Share

Sambal Paru Crispy yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bagi yang menggemari sajian berasaskan paru, anda boleh cuba resipi perkongsian saudari Siti Nornaim Keng ini. Rangup dan penuh berperisa, memang puas hati bila menikmatinya. Malah cara memasaknya juga sangat mudah. Pasti berebut makan ni. Jom lihat cara-cara penyediaannya.

 

CARA MASAK SAMBAL PARU CRISPY YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

 

BAHAN KISAR:

 

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan paru dan rebus hingga empuk.

2.Toskan airnya kemudian hiris paru nipis-nipis.

3.Gaul paru bersama serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga garing.

4.Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. Jumlahnya bergantung pada banyak mana paru yang anda masak.

5.Bila sudah garing, masukkan pes asam jawa, gula dan garam dengan secukupnya. Gaul rata.

6.Seterusnya masikkan hirisan bawang holland, cili merah dan lada benggala. Gaul sebati dan tutup api. Biarkan sambal sejuk.

7.Sambal ini tidak perlu letak air kerana kita nak buat sambal kering.

8.Bila sambal sudah sejuk sepenuhnya, masukkan paru. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Siti Nornaim Keng

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN