Resepi Bubur Nasi Simple & Sedap, Sesuai Jadi Hidangan Siang Dan Malam

Share

Sesekali makan bubur nasi dengan tambahan bahan lain tentu sedap. Dimakan pula ketika masih panas pendek kata masing-masing makan bertambah. Mudah nak disediakan dan boleh dijadikan hidangan siang atau malam. Uwan Nolly Epin berkongsi resepi bubur untuk anda sediakan.

Resepi Bubur Ayam ala Mc D

BAHAN-BAHAN:

Dada ayam 2-3 keping

1 1/2 pot beras ( cuci dan toskan ) – beli online disini 

1 1/2 inci halia.. (dihiris nipis) – beli online disini 

2 kiub pati ayam –

Air secukupnya

Minyak bijan – beli online disini 

Daun bawang (hiris-hiris)

Lobak merah (potong dadu) – beli online disini 

Penambah perasa

Lada merah ( untuk hiasan )

1sudu kecil lada sulah ( kalau suka )

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air secukupnya dan rebus ayam sehingga empuk bersama kiub pati ayam. Ayam dah masak keluar dan toskan.
  2. Masak beras sehingga kembang dan masukkan lobak merah.
  3. Sementara menunggu bubu masak, carik-carik ayam yang telah direbus tadi.
  4. Bila bubur dah hampir masak, masukkan halia. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan lada sulah.
  5. Akhir sekali masukkan sebahagian dari ayam yang telah dicarik tadi ke dalam bubur. Gaul sebati.

HIASAN HIDANGAN:

  1. Masukkan bubur ke dalam mangkuk hiaskan dengan ayam carik tadi.
  2. Tabur bawang goreng dan cili merah.
  3. Kalau suka titiskn sedikit minyak bijan.
  4. Siap unk dihidangkan.

p/s: Nak makan dengan telur masin, serunding, nugget dan lain-lain pun sedap.

Kredit: Uwan Nolly Epin via Masak Apa Hari Ini (MAHN)

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

IKLAN