Resepi Bakwan Kangkung Sedap. Menu Terbaik Untuk Minum Petang

Share

Sedapnya kalau dapat makan Bakwan Kangkung panas-panas. Cicah pula dengan sos cili yang dicampur dengan kicap, memang tak toleh kiri kanan. Nak lagi sedap? Makan sambal gigit cilia pi. Memang terangkat! Selain disajikan ketika sarapan, Bakwan ni juga boleh dinikmati tatkala minum petang. Nak cuba masak hari ni? Bunda Nadiah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

 

CARA MASAK BAKWAN KANGKUNG SEDAP & SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg tepung gandum beli online disini
5 sudu makan tepung beras beli online disini
2 biji bawang merah besar – tumbuk beli online disini
3 ulas bawang putih – tumbuk beli online disini
1/2 sudu makan serbuk lada putih beli online disini
1 genggam ikan bilis/udang kering – tumbuk beli online disini
1 mangkuk tauge
1 mangkuk kubis
1 mangkuk kangkung
Daun bawang/ daun sup
Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Semua sayur dihiris halus. Masukkan ke dalam magkuk besar.


2. Satukan semua bahan dan masukkan tepung. Gaul.
3.Masukkan air dengan secukupnya. Jumlahnya agak-agak. Pastinya adunannya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

4. Panaskan minyak masak dan goreng adunan bakwan nipis-nipis tapi lebar.
5. Goreng hingga gering dan kekuningan. Angkat. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Bunda Nadiah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN