Menarik juga ya menu Rendang Pucuk Ubi ni! Selalu makan rendang ayam atau daging je. Kalau korang teringin nak rasa kesedapan Rendang Pucuk Ubi ni bolehlah cuba resipi Sheera Iskandar ni dan yang paling penting sekali ramuan rahsia dalam rendang ni semestinya ada AJI-NO-MOTO barulah menjadi rendang ni. AJI-NO-MOTO ni kira pelengkap rasa dalam masakan kita, masak apa pun mesti menjadi!
Seronok betul lah bila dapat petik sendiri pucuk ubi tu di halaman rumah, kalau teringin nak makan pucuk ubi, boleh petik je tak payah runsing ke kedai yang belum tentu ada pucuk ubi tu.
Kalau takde pencuci mulut masa berbuka rasa macam tak lengkap je kan? Jeli Cocktail pun sedap ni kalau dapat buat. Cara penyediaan pun mudah, bahan pun mudah dan yang paling penting buat lebih sebabnya gerenti jadi rebutan menu ni. Saya kongsikan resipi lengkap untuk menu Rendang Pucuk Ubi dan Jeli Cocktail ni dan jangan lupa cuba di rumah tau!
RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
250 gm Daun pucuk ubi
Secukupnya Garam
½ kg Santan segar
2 batang Serai, diketuk
½ mangkuk Ikan bilis
4 biji Bawang merah, dihiris
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
Secukupnya Gula
Bahan-bahan (A): dikisar
15 biji Cili api
1 inci Kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN:
Asingkan daun pucuk ubi yang lembut dari tangkainya. Basuh, rendam dengan sedikit garam dan toskan. Ketepikan.
Masukkan santan, serai, ikan bilis, bawang hiris dan bahan-bahan kisar (A) ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa.
Setelah kuah agak kering dan pecah minyak, masukkan pucuk ubi. Gaul rata dan masak sehingga pucuk ubi kering dan garing.
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO, gula dan garam secukupnya. Gaul rata.
Sedia untuk dihidang.
JELI COKTAIL
BAHAN-BAHAN:
1kg atau 2kg Jeli sumi
2 tin Koktel buah
2 tin Susu cair
½ tin Susu pekat
Secukupnya Air suam
2-3 mangkuk Ais batu
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan ke semua bahan-bahan ke dalam bekas besar dengan ais bagi pencuci mulut yang segar.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung Kembali Ceriakan Waktu Berbuka Bersama Ajinomoto Malaysia
Bila tiba Ramadan, pastinya mengingatkan kita pada banyak perkara. Nostalgia bersama ibu bapa, adik beradik, kampung halaman dan bermacam-macam lagi. Tatkala azan berkumandang, satu persatu memori indah ini menerjah fikiran.
Waktu inilah kita mula rindu akan keenakan masakan emak dan terbayang deretan menu kegemaran yang dihidang di meja. Adik beradik pula tentunya sudah ada tugas masing-masing. Yang lebih tua, biasanya tugas lebih berat berbanding si kecil. Ada yang kena masak, bancuh air, hidang makanan dan juga basuh pinggan! Memang kecoh dan gamat dapur dibuatnya.
Keseronokan membuat persiapan berbuka bersama keluarga tercinta tentunya jauh berbeza jika dibandingkan dengan berbuka sendirian. Ikutkan hati, setiap hari mahu bersama keluarga yang nun jauh di kampung halaman namun tuntutan kerja dan komitmen yang lain membataskan segalanya. Malah kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan kita tidak sabar menanti Ramadan.
Mengembalikan nostalgia indah ini bersama penonton setia, RASA tahun ini kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG yang akan ditayangkan bermula 1 April 2022, jam 7.00 malam dari Isnin hingga Jumaat di Astro Prima.
Program kali ini memang istimewa kerana menampilkan 22 selebriti dan juga barisan hos yang akan sama-sama memasak sajian kegemaran yang menjadi nostalgia mereka apabila pulang ke kampung halaman.
Riuh rendah dapur bila mula berborak mengenai kisah-kisah lama. Ada suka, ada yang menyentuh jiwa. Tapi yang pastinya apa yang bakal dikongsi oleh para selebriti ini belum pernah lagi dikongsi kepada para peminat sebelum ini.
PENUH GELAK KETAWA & IMBAU NOSTALGIA
Gamat suasana bila masing-masing mula bercerita. Ada sahaja celoteh yang menghiburkan dan memori yang ingin dikenang setiap kali datangnya Ramadan.
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kali ini juga mendedahkan kepada para peminat juadah-juadah nostalgia yang menjadi kegemaran para selebriti selain menyingkap pelbagai ceritera peribadi serta perjalanan hidup mereka sebagai anak seni yang hidup jauh di perantauan.
Masing-masing punya cerita lucu dan menarik yang tersendiri. Menonton nostalgia mereka, membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing sewaktu kecil. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Oh ya, jangan dilupa… Selain berkongsi cerita, penonton juga akan dapat pelbagai idea memasak dan resipi yang bakal dikongsikan oleh para selebriti kesayangan anda ini. Nanti bolehlah cuba.
GANDINGAN HOS & SELEBRITI HEBAT
Bersiaran selama 22 episod, Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung membawakan barisan artis dan selebriti yang tidak asing lagi ke kaca televisyen anda. Antara yang bakal menyerikan dapur Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah Elyana, Dayana Roza, Fikri Ibrahim, Johan As’ari, Noraniza Idris, Ezad Lazim, Faezah Elai, Lisdawati, Fauziah Latiff, Zarina Zainuddin, Sheera Iskandar, Achong Sweetchild, Salina Saini, Ali Masdo, Mia Nasir, Zulhuzaimy, Mimi Fly dan ramai lagi.
Dalam setiap episod, para selebriti juga akan ditemani oleh pengacara yang tidak asing lagi seperti Awal Ashaari, Amy Mastura, Izreen Azminda, Dynas Mokhtar, Raja Azura, Achey dan Aril Pilus.
Nak tahu macam mana aksi artis kesayangan anda bila kena memasak? Pandai ke mereka? Nak tahu, kenalah tonton nanti ya.
AJINOMOTO MERIAHKAN DAPUR PARA SELEBRITI DENGAN ANEKA SAJIAN ENAK & LEBIH SIHAT
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran penaja utama Ajinomoto Malaysia.
Dengan objektif utama ingin menyambut kemeriahan Ramadan dan Raya bersama-sama dengan penonton, Ajinomoto Malaysia berbesar hati berkongsi rezeki dengan menyediakan pelbagai produk-produk untuk digunakan oleh para selebriti bagi menambahkan lagi keenakan masakan nostalgia mereka.
Bagi para ibu, dengan adanya rangkaian produk dari Ajinomoto Malaysia, tidak perlu gusar lagi bila berada di dapur. Tidak kira sama ada di waktu sahur, berbuka mahupun raya kelak, Ajinomoto banyak membantu dalam menjadikan tugas-tugas memasak jadi lebih mudah, sedap dan cepat. Paling penting penting, menu-menu tersebut kekal berkhasiat serta sihat.
Ajinomoto mengutamakan para pengguna dan sentiasa memastikan mereka berada dalam keadaan sejahtera serta menjalani kehidupan yang sihat menerusi penyediaan pelbagai sajian yang enak menggunakan rangkaian produknya.
Antara rangkaian produk di bawah jenama Ajinomoto Malaysia adalah:
1. AJI-NO-MOTO® Penambah Perasa
Penambah perasa pilihan ramai yang telah digunaan lebih dari 100 tahun dan merupakan salah satu bahan makanan yang paling selamat dan banyak dibuat kajian.
Penggunaan garam atau sodium yang tinggi dalam diet harian boleh menjejaskan kesihatan. Dengan AJI-NO-MOTO®, ia meningkatkan rasa makanan pada masa yang sama membantu para ibu mengurangkan penggunaan garam kerana AJI-NO-MOTO® hanya mengandungi 12% sodium manakala garam mengandungi 39%.
Hanya sekadar ditambah sedikit sahaja dan boleh jadikan sajian sahur, berbuka dan raya jadi lebih sihat namun tetap enak. Sangat sesuai untuk rakyat Malaysia yang mementingkan kesihatan.
AJI-NO-MOTO® memberikan rasa ‘umami’ iaitu rasa asas kelima selain daripada manis, masin, masam dan pahit. Jadi janganlah ragu untuk menggunakannya kerana AJI-NO-MOTO® yang dihasilkan Ajinomoto Malaysia adalah tulen, dihasilkan daripada tebu atau ubi kayu melalui proses penapaian dan disahkan halal dari JAKIM.
2.Seri-Aji® Perencah Berasaskan Menu dan Tepung Goreng
Seri-Aji® tentunya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan perencah yang lengkap dengan semua bahan dan perasa asas yang diperlukan menjadikan para ibu mudah untuk menyediakan pelbagai sajian enak untuk keluarga di bulan Ramadan ini. Dapatkan resipi-resipi menarik untuk sahur di https://www.ajinomoto.com.my/seri-aji-recipes
Seri-Aji® menawarkan beberapa pilihan seperti Perencah Nasi Goreng Kampung, Perencah Nasi Goreng Cina, Perencah Nasi Goreng Perisa Ayam, Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis, Perencah Tomyam, Tepung Goreng, Tepung Goreng Cucur dan Tepung Goreng Pisang.
Tahu tak sempena bulan Ramadan ini anda boleh menyertai Peraduan Bersahur Bersama Seri-Aji® Beli & Menang. Ada hadiah berjumlah RM20,000 untuk dimenangi. Wow… Rugi tak sertai ni sebab hanya dengan membeli mana-mana perencah Seri-Aji® berjumlah RM6 dalam satu resit (termasuk 2 peket Perencah Seri-Aji® Nasi Goreng, anda layak nak hantar penyertaan. Jom sertai beramai-ramai dan harapnya ada rezeki anda. Barulah meriah raya tahun ini!
Bukan itu sahaja, sempena Ramadan ini anda juga boleh dapatkan Seri-Aji® Pek Promo Sahur secara online di platform Lazada dan Shopee dan anda akan menerima 1 set sampul raya premium secara PERCUMA! Wow…Cantik sampulnya. Tak ada jual dekat tempat lain tau. Sempena promosi khas ini sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Perencah Nasi Goreng Seri-Aji® adalah ramuan terbaik yang anda perlukan pada waktu sahur di sepanjang bulan Ramadan ini. Tidak perlu lagi bangun awal dan menghabiskan banyak masa di dapur. Hanya masukkan satu paket kecil 26g Perencah Nasi Goreng Seri-Aji® aneka perisa ke dalam masakan, tidak perlu lagi perasa tambahan yang lain. Semuanya sudah cukup dan lengkap berperisa. Memang mudah digunakan. Oh ya anda juga boleh dapatkan pelbagai resipi istimewa untuk sahur di https://www.ajinomoto.com.my/seri-aji-recipes
Terasa nak makan Tomyam tapi tak cukup bahan? Usah risau, dengan Seri-Aji® Perencah Tom Yam, anda boleh menyajikan menu ini dengan enak! Ia membantu melazatkan masakan tanpa perlu menambah bahan-bahan perasa yang lain. Semua rasa yang diperlukan sudah lengkap dalam satu paket. Sangat mudah digunakan dan kosnya juga jauh lebih murah. Sesuai untuk masak Sup Tomyam dan juga Nasi Goreng Tomyam. Pastinya puas hati.
Bila puasa, kadang-kadang terasa nak makan makanan bergoreng seperti Ayam Goreng Tepung, Cucur Sayur, Cucur Udang, Pisang Goreng dan Cempedak Goreng. Kalau bancuh adunan secara manual, adunan kadang kala terlalu cair dan tidak berapa menjadi. Jadi untuk lebih mudah, jimat masa dan terbukti enak, anda boleh guna Seri-Aji® Tepung Goreng, Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur dan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang. Hanya perlu adun tepung dengan air, masukkan bahan-bahan yang diperlukan dan terus goreng! Mudah kan? Paling penting, jimat masa.
3. AJI-SHIO® Lada Berperisa
AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa juga merupakan bahan perasa yang perlu ada di rumah anda di bulan puasa ini.
AJI-SHIO® Lada Putih Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa memberikan rasa “omm” kepada masakan menjadikannya lebih sedap, beraroma, cukup rasa lada pedas dan juga masinnya. Sesuai digunakan untuk memasak Ayam Bakar, spageti, Ayam Paprik, Mi Goreng, Sup Cendawan, Salad, sup, telur goreng, Mi Hailam, bubur dan bermacam-macam lagi. Sesuaikan sahaja mengikut selera.
Kedua-duanya sangat membantu kerja memasak kerana ia senang digunakan. Cuma taburkan sahaja ke dalam masakan anda sama ada sewaktu memerap, semasa masak atau selepas masak. Sajian enak, sudah tersedia. Sangat senang malah kerja memasak juga jadi lebih mudah.
4.Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Bila berbuka puasa, sesekali pasti terasa nak makan sajian ala restoran kan? Tak perlu berbelanja besar. Anda boleh hasilkan sajian lazat persis air tangan chef tersohor hanya di rumah sahaja.
Nak tahu rahsianya? Hanya tambahkan sedikit sahaja Rasa Sifu™ dalam masakan. Ia adalah serbuk perasa yang mengandungi campuran bahan-bahan perasa asas yang sempurna, rasa kemanisan sos tiram, bawang-bawang bertumis dan ramuan istimewa yang memberikan “rasa wok” yang sangat enak.
Rasa Sifu™ adalah penambah rasa semua dalam satu “all in one” yang diperkaya dengan kemanisan tiram dan aroma sedap yang menjadikan masakan anda bertambah enak tanpa perlu ada bahan perasa lain.
5. TUMIX® – Perencah Pati Ayam dan Ikan Bilis
TUMIX® Perencah Pati Ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ikan Bilis memberikan rasa seimbang pada masakan anda dengan campuran rasa ayam dan ikan bilis sebenar yang lengkap dengan bahan perisa asas dan rasa bawang yang enak.
Tidak perlu lagi menumbuk dan mengisar bawang, kemudian tumis seperti biasa. Hanya tambahkan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ikan Bilis ke dalam masakan sahur dan berbuka, nah… sajian enak sudah tersedia. Memang jimat masa tau.
Masakan sup, berkuah, bergoreng, kacau goreng, semua sesuai menggunakan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ikan Bilis ni. Hanya dalam satu pek, tidak perlu bersusah payah lagi.
Sempena Aidilfitri, Ajinomoto juga ada tawaran ‘special’ buat anda yang suka beli barang secara online. Dapatkan AJI-NO-MOTO® Raya Promo Pack berserta hadiah percuma Sampul Raya Premium menerusi pembelian di platform Lazada dan Shopee. Jangan lupa shopping untuk mak ayah dan adik beradik juga. Promosi terbaik begini memang seronok kalau dikongsi. Barulah lebih meriah Ramadan dan Syawal tahun ini.
Nak tahu info lebih lanjut mengenai rangkaian produk serta aktiviti-aktiviti menarik dari Ajinomoto Malaysia, lawati laman web www.ajinomoto.com.my dan facebook Hi Ajinomoto MY https://www.facebook.com/HiAjinomotoMY
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan Balik Kampung di sepanjang bulan puasa ini dan cuba resipi-resipi yang dikongsi oleh para selebriti. Anda juga boleh layari laman web Majalah Rasa (www.rasa.my) setiap hari untuk mendapatkan resipi penuh.
Terung Berlado Ikan Bilis & Bubur Chacha Ubi, Menu Istimewa Ramadan Acong & Ibu
Hari ini dalam episod ketiga Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung menyaksikan adegan mencuit hati penyanyi, pelakon dan pelawak, Acong Sweetchild bersama ibunya, Hanipah yang berkongsi sajian-sajian berbuka yang menyelerakan.
Tambah gamat, episod kali ini ditemani pengacara Dynas Mokhtar yang mencungkil kisah Acong di kampung. Rupanya, bukan main manja lagi Acong dengan ibunya! Budak baiklah katakan.
Sebelum memasak, Acong membawa Dynas ke kebun ubi di belakang rumahnya. Wah, bukan main besar lagi ye ubi yang ditanam. Berpeluh Acong nak mencabutnya.
Dua resipi istimewa yang dikongsi kali ini iaitu menu Terung Berlado Ikan Bilis dan Bubur Chacha. Fuhh, memang nampak sedap dan menyelerakan tau. Maklumlah bulan puasa kan.
Rupanya mudah je tau nak masak resipi yang dikongsi ibu Acong ni. Memang sesuai untuk mereka yang mencari juadah lauk yang cepat dimasak tetapi cukup lengkap rasa.
Jadi, jangan lupa cuba ye menu yang mereka kongsikan ini. Rasa sedap tapi mesti puas hati.
TERUNG BERLADO IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
4 biji terung, saiz besar (5 biji jika saiz sederhana)
1 sudu kecil Rasa Sifu Penambah Perasa Semua Dalam Satu
3 sudu besar tepung gandum
Secukupnya minyak masak
3 sudu besar air asam jawa
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR KASAR
8-10 biji cili merah
7-8 biji cili melaka (padi) hijau + merah
2 mangkuk besar ikan bilis (anggaran 150-200gm)
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2 cm. Gaulkan terung dengan ½ sudu kecil Rasa Sifu dan tepung gandum.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut. Angkat terung dan ketepikan.
3. Buang sedikit minyak gorengan terung tadi, tumis bahan (A) yang dikisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan Rasa Sifu.
5. Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidang.
BUBUR CHACHA UBI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan cha-cha kering (anggaran 170-200 gram)
3 mangkuk santan segar pekat (anggaran 500gm)
3 sudu besar sagu (200gm)
2 helai daun pandan | dicarik & disimpul
50 gm gula melaka
100gm ubi keledek
100gm ubi kayu
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
4 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu selama 10 minit.
2. Rebus cha-cha kering sehingga lembut dan toskan airnya. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan dan masakan.
3. Masukkan santan segar pekat, daun pandan dan cha-cha yang direbus tadi ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul dan cha-cha tidak melekat.
4. Apabila mendidih masukkan sagu, gula melaka, ubi kayu, ubi keledek, gula dan AJI-NO-MOTO. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
5. Teruskan kacau sehingga bubur masak sebati. Angkat dan hidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Nasi Daging Ais Asam Dan Lepat Pisang Menu Wajib Mimifly & Ibunya Bila Berbuka
Episod Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung hari ini membawa Amy Mastura ke rumah tetamu jemputannya,Mimifly di Kedah. Saujana mata memandang melihat kampung halaman Mimi dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Suasana kampung yang sungguh damai dan tenang sekali.
Pulang ke kampung berbuka dengan ibu tercinta sememangnya menjadi momen yang bererti buat semua termasuk Mimifly. Kesempatan itu juga digunakan untuk memasak bersama ibunya masakan yang menjadi kesukaan Mimi sambil ditemani Amy Mastura.
Melihat cara Mimi memasak,nampak dia tidak kekok di dapur.Ini diakui sendiri oleh ibunya sendiri yang Mimi sejak sekolah rendah sudah boleh memasak.
Sambil memasak dan mengimbau nostalgia lama dan gelak ketawa bersama tanpa sedar siap sudah dua menu istimewa untuk berbuka nanti iaitu Nasi Daging Ais Asam dan Lepat Pisang. Tambah enak Nasi Daging Ais Asam bila ditambah AJI-NO-MOTO®. Penambah perisa dalam Nasi Daging dan menyeimbangkan rasa. Begitu juga dalam Ais Asam diletakkan AJI-NO-MOTO® bagi menaikan rasa.
Ibu Mimi menceritakan Lepat Pisang merupakan pencuci mulut kegemaran sekeluarga.Dikongsikan resipi untuk membuatnya.
NASI DAGING AIR ASAM
Bahan-bahan:
500gram daging- dipotong kiub besar
Air secukupnya
3½ sudu besar rempah kurma
2 inci halia-diketuk
4 cawan beras Basmathi -rendam selama 30 minit dan tos
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan -carik dan simpul
1 batang serai – dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak masak
¼ cawan puri tomato
Sedikit kismis hitam
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu kecil garam
Bahan-bahan (A): Tumis
1 biji bawang besar -hiris nipis
5 ulas bawang putih-hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan-bahan (B): Air Asam
1 biji bawang besar-hiris nipis
2 biji tomato-potong kecil
6 biji cili merah-potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis
Cara memasak:
1.Rebus daging bersama air, halia dan ½ sudu besar rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan minyak sapi dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
3.Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, puri tomato, kismis dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
4.Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembut supaya tidak berketul.
Cara membuat air asam:
1.Gaul kesemua bahan air asam bersama AJI-NO-MOTO®. Biarkan seketika supaya semua bahan serap.
LEPAT PISANG
Bahan-bahan:
3 cawan pisang lemak manis (dilenyek)
1 cawan gula (kalau tak suka manis boleh kurangkan gula ikut selera masing-masing)
1 sudu teh garam
1 kotak santan Kara (apa-apa brand pun boleh)
1 cawan kelapa parut
2 1/4 cawan tepung gandum
Daun pisang (dilayur dahulu)
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan di atas kecuali daun pisang sehingga sebati.
2.Letak bancuhan lepat dalam daun pisang. Bungkus ikut cara seperti di dalam gambar.
3.Akhir sekali, panaskan air di dalam pengukus dan kukus lepat pisang selama 40 minit.
4.Siap untuk dihidang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.