Makan

Rendang Banh Mi, Sentuhan Fusion Yang Cukup Menyelerakan

Share

Jika ada ada lebihan Rendang Daging, Rendang Banh Mi antara menu yang boleh anda cuba. Cara nak membuatnya sangat mudah dan cukup mengenyangkan. Anda wajib cuba di rumah nanti. Nak hidang untuk tetamu pun boleh juga tapi sesuai dimakan panas-panas. Kalau tak, keras roti tu nanti. Nak lebih enak, gunakan keju Chesdale

yang kaya dengan protein dan kalsium. Selamat mencuba!

RENDANG BANH MI

Bahan-bahan:

  • 500gm rendang daging | leftover
  • Roti baguette | untuk 2 hidangan
  • 200gm kentang goreng | siap digoreng
  • 4 sudu besar mayones
  • 2 biji lemon jus
  • 4 keping Chesdale | untuk 2 hidangan
  • Salad hijau

 

Cara Memasak:

  1. Campurkan mayones dengan lemon jus dan gaul sebati.
  2. Di atas roti, sapukan campuran mayones, letakkan 2 keping keju Chesdale
    , rendang dan kentang.
  3. Bakar pada suhu 160°C selama 10 minit atau sehingga keju mencair.
  4. Keluarkan dan letakkan salad. Rendang Banh Mi sedia untuk dinikmati.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma